Antara fllem yang patut ditonton tahun ini adalah Money No Enough 3.

FILEM MONEY NO ENOUGH 3

JIka anda tidak kemana-mana pada hujung minggu ini, apa kata jom ke panggung wayang yang berdekatan.

Ini antara filem yang wajib ditonton dimana bakal bermula pada 10 Februari 2024 berdurasi dua jam dan percayalah, tiada detik yang membosankan.

“Semua ini bergantung kepada sokongan penoton daripada segenap lapisan masyarakat.

SINOPSIS FILEM MONEY NO ENOUGH 3

Bercerita tentang realiti kehidupan yang mengisahkan tentang tiga sahabat baik dari zaman kecil iaitu Ah Hui, Ah Qiang dan Ah Huang.  Tiga sahabat ini membesar dengan kehidupan masing-masing dan mempunyai keluraga sendiri.

AH HUI

Merupakan seorang usahawan kedai makan terkenal dan berhasrat untuk mewarisi perniagaannya kepada anaknya.

Anaknya yang masih muda menolak akan tanggungjawab ini amun ternyata cadangan tersebut tidak disukai oleh anaknya yang masih muda.

AH QIANG

Dahulunya salah seorang usahawan yang hebat. Apabila dilanda wabak Covid19, perniagaannya gagal dan kehidupan mula serabut.

Selepas tidak menjalankan perniagaan, Ah Qiang bekerja sebagai pemandu e-hailing untuk menyara kehidupan sekeluarga.

AH HUANG

Bapa tunggal dan mempunyai kehidupan yang baik dimana saling bergantung antara satu sama lain dengan anak perempuannya.

Mempunyai masalah kewangan juga dan menjadi penjamin kepada rakan yang meminjam wang pada ceti along. Oleh kerana kawannya tidak membayar pinjaman, dia terpakasa menanggung akibatnya.

Kali ini, Ah Huang meminjam wang daripada sahabat baiknya, Ah Qiang dan Ah Hui untuk memulakan perniagaan haram. Dijanjikan pulangan yang banyak jika turut melabur bersama

KONFLIK

Bermula apabila perniagaan salah seorang daripada tiga sahabat itu gagal dan perkara itu telah menjejaskan hubungan antara satu sama lain.

Bolehkah mereka bersatu semula dan menyelesaikan kemelut yang berlaku?

KONGSI JACK NEO

“Sekarang adalah masa untuk bercakap tentang wang!”

Kenapa kata begitu dimana kehidupan dan hubungan yang terjalin sekian lama bakal berantakan gara-gara WANG!” Kami tidak menunjukkan bagaimana cara seseorang menghasilkan wang tapi membawa penonton melihat wang dari enam sudut berbeza.

-kata Jack Neo

BAGI MARK LEE

“Saya berharap agar filem ini membawa perasaan berbeza kepada semua peminat yang mungkin pernah menonton dua siri filem ini terdahulu.

Usia kami semua, jika digabungkan melebihi 180 tahun. Saya mengenali mereka sejak mula berkecimpung dalam dunia komedi dan seni. Tidak ramai yang masih boleh bekerjasama apatah lagi bergandingan selepas 20 tahun,” ujarnya.

CABARAN

Bercakap tentang cabaran, Jack Neo berkata, babak letupan, pertempuran senjata dan peperangan tidak akan boleh menyaingi cabaran mengarahkan naskhah yang mempunyai skrip yang tebal.

Apabila seseorang itu memiliki wang dan yang lainnya tidak mempunyai duit, apa yang akan mereka lakukan serta hasilkan adalah berbeza. Kelakuan seseorang ketika sedang kaya adakala membuat anda benci kepadanya.

⭐⭐⭐⭐/5

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge