JANNA ENDORO ANGKAT WANITA SEBAGAI HERO, AMAZING!

Nama Janna Endoro yang dipilih sebagai judul filem ini mungkin kedengaran pelik dan asing bagi semua pihak.

JANNA ENDORO

Sebenarnya mewakili nama watak wanita yang memainkan peranan utama iaitu hero filem ini. Manakala Endoro adalah jenama motosikal scrambler Yamaha Enduro yang dibahagikan kepada 100 dan 175 cc yang sangat popular pada era 1970-an.

IDEA ASAL

Filem Janna Endoro dari idea asal Engku Seri Kelantan berlatarkan Negeri Kelantan yang sinonim dengan gelaran Cik Siti Wan Kembang. Sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai budaya Melayu-Siam dan masyarakat pribumi lain.

Idea ini kemudian diterjemah.oleh Nayie Klate dan DCSB team sebagai penulis skrip bagi menghasilkan sebuah naskhah yang mantap dan seimbang dalam semua aspek.

JANNA ENDORO ANGKAT WANITA SEBAGAI HERO,

Pertembungan budaya ini diambil kira menerusi filem menarik terbitan Double Channel Sdn Bhd arahan Sham Jr ini.

KETENGAHKAN WANITA SEBAGAI HERO

Filem ini tampil berbeza apabila mengetengahkan wanita bernama Janna sebagai watak utama atau Hero, yang jarang-jarang berlaku dalam industri hiburan tanah air.

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

Pemerhatian terhadap sosio budaya di Kelantan yang dikenali dengan seni mempertahankan diri Tomoi, Muay Thai, Wat Siam, Dikir Barat, Rambong, Main Puteri. Juga pelbagai lagi yang mempunyai keunikan tersendiri ditampilkan dalam filem ini.

Pemilihan Negeri Kelantan sebagai lokasi dibuat semasa perbincangan diperingkat penyediaan proposal lagi.

KENAPA KELANTAN?

“Kami memilih lokasi Negeri Kelantan kerana ia dekat dengan jiwa saya. Saya tetap berjaga-jaga sebab dari segi dialog kita kena pastikan yang filem ini betul-betul dialognya dalam Bahasa Kelantan sepertimana kita dengar mereka berbual.

“Alhamdulillah pihak Double Channel memberi kebebasan dan kebenaran kepada saya untuk memilih siapa yang akan jadi jurukamera, siapa pengarah seni dan siapa mekap artis. Mereka bersetuju dengan pemilihan tenaga produksi saya.

“Saya tahu kebolehan mereka dan rasa kerjasama serta sentuhan mereka dapat membantu saya. Malah saya juga tidak menolak cadangan dan idea dari unit lain untuk kebaikan filem ini juga.

JANNA ENDORO ANGKAT WANITA SEBAGAI HERO,

FILEM PERTAMA

“Saya tidak boleh beritahu kelainan filem ini dengan filem lain kerana ini adalah filem pertama saya. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan drama, sebenarnya penggambaran drama dan filem sama sahaja. Kerjanya sama sahaja.

“Cuma skop filem ini lebih besar dan ia lebih detail. Jadi saya rasa kelainan itu dapat dirasakan, mengarah drama dan filem feelnya saya rasa lebih memberi impak kepada saya,”

Sham Jr berkata, orang Kelantan juga menyebut motor scrambler dengan panggilan Endoro.

TRISHA WATAK UTAMA

“Pemilihan pelakon watak Janna dicari dan selepas kita buat pemilihan hingga saat akhir. Barulah kita ambil Trisha kerana watak Janna memerlukan bukan sahaja lakonan emosi. Tapi perlu pandai bawa motor, perlu ada seni beladiri dan boleh buat lagak aksi.

“Jadi pada saya Trisha ada semuanya. Dia ada pakej semua itu. Di Malaysia tidak ramai pelakon yang berkebolehan begitu terutamanya wanita.

JANNA ENDORO ANGKAT WANITA SEBAGAI HERO,

“Harapan saya sangat besar sebenarnya iaitu mengharapkan industri filem kita ditambah dengan Janna Endoro akan beri sesuatu bukan sahaja pada orang-orang Kelantan tetapi semua peminat filem di Malaysia,” katanya

DOUBLE CHANNEL SDN BHD

Sementara itu, penerbit Double Channel Sdn Bhd, Syed Aiman berkata, Janna Endoro menampilkan tauladan tersendiri kepada masyarakat.

“Cerita ini lebih kepada moral untuk sesebuah keluarga dimana dalam keluarga kita kena fikir benda yang baik dahulu sebelum kita buat sesuatu perkara.

“Pada pengamatan saya insyaAllah Janna Endoro akan jadi sebuah filem yang terbaik. Sesuai untuk ditonton oleh semua masyarakat dan banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari filem ini.

PELAKON AKSI LAGAK NGERI

Baginya, pemilihan Trisha Ooi sebagai Janna sangat tepat sekali kerana pelakon berusia 25 tahun ini bermula sebagai pelakon aksi lagak ngeri dan belakang tabir sebelum terbabit sebagai pemain utama industri lakonan.

“Tidak banyak yang perlu diajar kepadanya kerana dia sudah memahami selok belok seni mempertahankan diri dalam lakonan.

Filem ini berjaya mengetengahkan bakat sebenar Trisha yang sangat besar dan kami percaya Janna Endoro bakal melakar kejayaan kepadanya selepas ini.

JANNA ENDORO ANGKAT WANITA SEBAGAI HERO,

“Pasti ada ramai pihak yang akan buka mata terhadap kebolehan Trisha yang hebat dalam seni mempertahankan diri,

“Dibantu oleh barisan pelakon yang mantap, tidak mustahil Janna Endoro akan menjadi filem yang disukai ramai,” katanya.

KERJASAMA

Filem Janna Endoro dihasilkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKD).

Bakal ditayangkan di 50 pawagam seluruh Malaysia pada 22 Februari 2024, Janna Endoro menampilkan barisan pelakon popular. Seperti Trisha Ooi, Pekin Ibrahim, Mohd Asrulfaizal, Wan Hanafi Su, Josiah Hogan,Zoee Tan, Syed Aiman, Kamarool Hj Yusoff, Zalfa Zin, ZZ Zamrie dan Danie X-Factor.

SINOPSIS JANNA ENDORO

Mengisahkan Janna seorang isteri yang patuh dan taat kepada suaminya, Mat Dat. Mereka mempunyai seorang anak perempuan berumur 3 tahun, Dhia. Suaminya seorang kaki baran, kerja tidak menentu, kaki lalok, berjudi dan berhutang sehinggakan suaminya menjadi buruan Ah Long.

Walaupun Janna tetap bekerja membantu menyara keluarganya, dia selalu kena marah dan dipukul oleh suaminya. Malah, suaminya juga memaksa Janna menjual maruah untuk membayar hutang!

Suatu hari, Janna terjatuh dalam sungai dan suaminya menjangka Janna sudah mati, tetapi Janna telah diselamatkan oleh Che Omar, seorang guru silat. Kemudiannya, Janna dapat tahu anaknya diculik kerana gagal membayar hutang.

Janna nekad untuk mendapatkan kembali anaknya, jadi dia bersiap diri sepenuhnya dengan dorongan gurunya, Che Omar, yang memberi semangat kepadanya.

Di saat Janna pergi mencari anaknya, dia terserempak dgn suaminya yang juga sedang mencari anaknya juga. Adakah Janna dan Mat Dat dapat berjumpa kembali anak mereka?

⭐⭐⭐/5

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge