FILEM MAT TUDUNG BEGINS, APA YANG BEST?

FILEM MAT TUDUNG BEGINS VERSI PREKUEL, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebelum ini pernah ditayangkan pada tahun 2014. Dengan mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan perjuangan diteruskan.

FILEM MAT TUDUNG BEGINS

Sebelum ini filem Mat Tudung dibintangi oleh Dato Fizz Fairuz dengan memegang watak Johari@Johanna. Kini kembali dengan filem kedua iaitu Mat Tudung Begins

Setelah sembilan tahun, Fizz mengambil peluang untuk menghasilkan filem yang kedua iaitu Mat Tudung Begins.

SELAKU PENGARAH & PENERBIT

Bukan setakat memegang watak pelakon utama tetapi juga bertindak selaku penerbit serta pengarah untuk filem berkenaan.

Fizz berkata, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk menghasilkan filem tersebut sejak lapan tahun lalu.

FILEM MAT TUDUNG BEGINS

KENAPA MENGAMBIL MASA LAMA?

“Saya ada tanya pada pihak penerbit sebelum ini sama ada nak sambung atau tidak. Tetapi tiada jawapan daripada mereka. Mungkin sebab kekangan bajet atau ada sebab-sebab lain.

“Memang saya berminat nak buat sambungannya, cuma ia di bawah produksi Showbiz dan ambil masa juga nak minta kebenaran untuk pembikinannya,”

Jelas Fizz, setelah menunggu agak lama, akhirnya dia telah mendapat kebenaran daripada Dato Norman Abdul Halim selaku penerbit Mat Tudung untuk menerbitkan sendiri pada Mei 2022.

BUKAN KESINAMBUNGAN?

Namun begitu, dia menjelaskan untuk filem tersebut, ia bukanlah kesinambungan kepada jalan cerita filem pertama.

“Akhirnya hasrat saya ini terlaksana setelah saya dapat kebenaran untuk terbitkan sendiri, tetapi bukanlah Mat Tudung 2.

“Sebaliknya, ia adalah prekuel yang bermakna kisah yang berlaku sebelum Mat Tudung pertama dan sebab itu tajuknya adalah Mat Tudung Begins,” jelasnya.

FILEM MAT TUDUNG BEGINS

BELAJAR MENJADI MAT TUDUNG?

“Menerusi filem ini, ia menjelaskan tentang bagaimana Johari boleh belajar menjadi Mat Tudung dan rakan yang mencetuskan idea untuk dia menyamar,”

Menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Damansara dan Genting Highland, Fizz menyatakan ia masih mengangkat tema cerita sama.

Tentang seorang lelaki yang menyamar menjadi wanita untuk menyelesaikan masalah yang melanda sebuah keluarga.

ELEMEN KOMEDI

Dalam pada itu, Fizz menyatakan filem pertama arahannya itu menyajikan sebuah jalan cerita yang menarik serta sarat dengan elemen-elemen komedi yang mampu menghiburkan penonton.

“Untuk filem Mat Tudung Begins ini, saya percaya ia lebih kelakar berbanding yang sebelumnya dan saya yakin penonton akan rasa terhibur.

“Selain itu, saya juga menampilkan barisan pelakon-pelakon yang hebat dan turut diserikan lagi dengan kemunculan dua orang influencer terkenal,” jelasnya.

FILEM MAT TUDUNG BEGINS

PARA PELAKON

Fizz memberitahu, lebih menarik lagi dia menampilkan barisan artis-artis popular seperti Achey, Isyariana, Fazlina Ahmad Daud dan Kazar Saisi.

Serta dua influencer popular media sosial iaitu Maryam Durian Kimchi dan Mimi Peri.

“Berkenaan dengan pemilihan pelakon, saya mengikut kepada trend sekarang iaitu pelakon yang ‘boleh jual’ untuk melariskan filem ini.

“Saya tak pilih secara tangkap muat kerana nak memastikan setiap pelakon mampu membawakan karakter masing-masing dengan berkesan supaya dapat memenuhi apa yang saya mahukan,”.

FILEM MAT TUDUNG BEGINS

CABARAN PASTI ADA

Mengenai cabaran untuk menghasilkan filem Mat Tudung Begins, Fizz berkata apa yang paling mencabar apabila dia sendiri bertindak selaku penerbit, pengarah dan pelakon untuk menyiapkan filem tersebut.

Malah, dia sendiri mengakui bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memikul tiga tugas sekali gus bagi memastikan apa yang dirancangnya membuahkan hasil.

“Nak merealisasikan impian saya ini bukanlah mudah, sehinggakan saya terpaksa menunggu selama sembilan tahun.

“Saya lakukan pelbagai usaha, misalnya cari duit modal untuk pembikinan, jumpa orang sana sini… alhamdulillah, saya telah ditemukan dengan seorang insan yang bantu saya merealisasikannya,” ujarnya.

TRAILER MAT TUDUNG

https://www.youtube.com/watch?v=GMR7ZCFxkzY

Filem MAT TUDUNG BEGINS akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 3 OGOS 2023.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge