FILEM RAHSIA VERSI REBOOT LAGI SCARY KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jika anda lahir pada tahun 80an pasti anda tahu akan filem Rahsia ini!

FILEM RAHSIA VERSI REBOOT

Ditayangkan pada tahun 1987 dan diarahkan oleh Othman Hafsham adalah filem seram ikonik yang pertama di Malaysia.

Gabungan pelakon Noor Kumalasari dan Shukrey Hashim dalam filem ini memberi impak yang kuat hingga kini masih lagi diperkatakan.

FILEM RAHSIA VERSI REBOOT

PELBAGAI ANUGERAH DIMENANGI

Sebelum ini pernah menjadi filem seram pertama yang telah memenangi pelbagai anugerah. Antaranya sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 [FFM7]. Turut membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada tahun 1987.

PENGARAH TERBAIK FFM7

Othman Hafsham turut dinobatkan sebagai pengarah terbaik dan kini legasi diteruskan oleh anaknya-Shamyl Othman. Diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem Rahsi versi reboot.

FILEM RAHSIA VERSI REBOOT

SIAPA SHAMYL OTHMAN

Bukan kali pertama mengarah dimana sebelum ini pernah menghasilkan filem seperti ‘Kami Histeria’ dan drama bersiri ‘Kau VS Aku’.

Untuk skrip kali ini adalah hasil oleh creator drama premium ‘One Cent Thief’, Alfie Palermo.

PELAKON VERSI REBOOT

Menampilkan Nabila huda watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, Fikry Ibrahim watak Hamdan yang dilakonkan oleh Shukery Hashim.

Tidak ketinggalan barisan pelakon seperti Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa.

FILEM RAHSIA VERSI REBOOT

Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria disamping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.

FILEM TEMPATAN DALAM VERSI REBOOT

“Selepas filem aksi Polis Evo 3, Astro Shaw bakal memepersembahkan sebuah lagi fiem terbaru dengan genre seram iaitu Rahsia. Ini merupakan julung kali filem seram tempatan dikembalikan dalam versi reboot.

KENAPA FILEM RAHSIA?

Filem ini adalah sebuah karya ‘cult classic’ yang mempunyai pengikutnya tersendiri. Kejayaannya dalam melakar fenomena pada tahun 1987 bukan sekadar memberi impak pada penonton.

Tetapi juga pada landskap industri perfileman negara apabila menjadi file seram yang pertama di angkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia. Bahkan kami percaya jalan ceritanya masih relevan hingga kini!

FILEM RAHSIA VERSI REBOOT

GENERASI BARU?

Mungkin ada generasi baru tidak begitu mengetahui tentang filem Rahsia 1987. Jadi kami berharap dengan kehadiran versi reboot ini dapat mencipta sejarah baru.

SAINGI FILEM YANG ASAL?

Filem tempatan jarang diangkat untuk dijadikan filem reboot berbanding filem-filem dari negara luar. Tidak berniat untuk menyaingi filem yang asal tetapi berbentuk penghargaan terhadap karya terbaik di Malaysia.

Lebih pada berusaha untuk tidak mengecewakan para penggemar peminat asal.

-kongsi Penerbit Eksekutif Rahsia merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad.

FILEM RAHSIA VERSI REBOOT

SINOPSIS FILEM RAHSIA VERSI REBOOT

Membongkar sejarah silam keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami Hamdan dan anak-anak iaitu Marina dan Saiful.

Keadan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu berkelah di tepi pantai. Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai.

FILEM RAHSIA VERSI REBOOT

ADA MISTIK DISEBALIKNYA?

Naluri seorang ibu, Ramlah berkeras mengatakan yang anaknya disembunyikan kuasa mistik. Sementara Hamdan menyertai dalam operasi pencarian, Ramlah selalu di ganggu oleh kelibat wanita yang mengerunkan.

FILEM RAHSIA VERSI REBOOT

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia disebalik kehilangan anaknya itu.

Apa yang terjadi sebenarnya disebalik kehilangan anaknya?

LAGU OST FILEM RAHSIA VERSI REBOOT

Lagu untuk OST bertajuk ‘Alunan Lara’ dinyanyikan oleh Njwa. Jangan terkejut dimana komposer dan lirik ungtuk lagu ini dibuat sendiri oleh Njwa dan edaran Rocketfuel Entertainment

Bakal ditayangkan di pawagam mulai 10 Ogos 2023 di seluruh negara. Peraduan Filem Rahsia Versi Reboot akan berlangsung di platform sosial media Astro Shaw dan Astro Gempak mulai tarikh yang sama.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge