FILEM KAU PILIH SIAPA, BEST KE?

FILEM KAU PILIH SIAPA, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Buat anda yang menggemari sketsa komedi bolehlah menonton filem ini.

Pengarah filem Saifullah Khaisas yang merupakan anak didik pengarah terkenal Allahyarham Mamat Khalid, muncul dengan sebuah karya baru yang amat dinantikan-nantikan. 

DATO’ ATHY

Filem ini juga diarahkan oleh pengarah yang berpengalaman luas iaitu Dato’ Athy. Di mana sebelum ini beliau pernah menghasilkan 4 buah filem & sebuah telemovie.

FILEM KAU PILIH SIAPA

Ditayangkan di pawagam bermula pada 8 Jun 2023. DIbintangi oleh Syed Mohamad Asri atau lebih dikenali sebagai “Usop Wilcha”.

Beliau sering muncul dalam beberapa drama dan filem arahan Mamat Khalid.

Selain Usop Wilcha, Avaa Vanja yang sebelum ini pernah muncul dalam filem Zombi Kampung Pisang arahan Mamat Khalid pada tahun 2007 juga adalah salah satu pelakon utama filem ini.

Selain itu, filem ini turut dibintangi oleh bakat-bakat muda yang menyinar seperti Seramaymax, Anas Ridzuan dan ramai lagi.

BEST KE LOGHAT PERAK?

Filem yang mengguna dialog loghat Perak ini memang sesuai bagi mereka yang menyukai filem komedi ringan secara tak langsung. Dapat menghiburkan hati dengan lakonan bersahaja pelakon-pelakon filem ini.

SINOPSIS FILEM KAU PILIH SIAPA

Filem ini berkisarkan tentang seorang ketua keluarga bernama Pian C (Usop Wilcha), yang terpaksa berjauhan daripada keluarganya di kampung demi menyara kehidupan.

Pada suatu hari dia terpaksa pulang ke kampung selepas khabar berita bapa angkatnya Pak Kassim iaitu seorang wakil rakyat telah meninggal dunia.

Sebelum meninggal dunia, Pak Kassim meninggalkan wasiat di mana dia mahu Pian C menjadi calon Wakil Rakyat untuk menggantinya.

Penduduk kampung meletakkan harapan yang tinggi untuk Pian C diangkat menjadi wakil rakyat.

SENANG KE NAK JADI WAKIL RAKYAT?

Bukan mudah menjadi calon wakil rakyat apabila muncul konflik demi konflik yang perlu dihadapi oleh Pian C.

Termasuk fitnah dan helah yang dirancang oleh anak kandung Pak Kassim sendiri demi menjatuhkan Pian C.

Itu belum kira karenah penduduk kampung yang bermacam-macam perangai sehingga banyak aksi-aksi lucu yang mencuit hati.

Secara keseluruhannya, filem komedi santai ini pasti menghiburkan penonton. Ternyata pengarah telah memberi tumpuan pada konsep kekeluargaan untuk memupuk semangat kepimpinan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge