FILEM SUE-ON TERBITAN DATO AWIE, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jika anda peminat filem Mamat Khalid, jangan lepaskan peluang menonton filem ini.

Tidak dinafikan nashkah bercorak seram komedi masih lagi menjadi pilihan penonton-penonton untuk menonton filem di pawagam.

Ternyata ia menjadi pilihan buat Dato Awie selaku pemilik syarikat Rumah Produksi Merah untuk menghasilkan filem Sue-On.

GENRE SERAM KOMEDI

Pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.

“Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperti Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi.

“Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan akhirnya terhasilnya filem Sue-On,”

-kongsi Datuk Awie.

FILEM SANTAI TERBITAN AWIE

Mengambil inspirasi kepada sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem terbaharu terbitannya itu, Awie memberitahu Sue-On adalah sebuah filem yang cukup santai. Mengambil ilham seperti filem yang pernah dihasilkan Allahyarham Mamat Khalid.

Malah, Awie juga menyatakan pembikinan filem Sue-On ini adalah tribute kepada Allahyarham yang telah menaikkan namanya selaku seorang pelakon komedi seram.

MENERUSKAN LEGASI ARWAH MAMAT KHALID

“Saya menghasilkan filem ini adalah untuk meneruskan legasi arwah. Apa yang pernah arwah buat dahulu kami akan teruskan,” jelasnya.

Ujarnya, sebagai seorang penerbit, dia meletakkan harapan agar filem Sue-On ini dapat menambat haD penonton.

“Selain saya, mereka yang terlibat dalam filem ini termasuk pengarah, pelakon dan kru juga pasD mahu melihat kejayaan filem ini.

“Jika filem Sue-On ini mendapat sambutan yang baik, ia akan memberi peluang kepada saya untuk menerbitkan lebih banyak filem pada masa akan datang,” ujarnya.

KONGSI RAZIF AJIBOY

Sementara itu, Razif Ajiboy Rashid selaku pengarah berkata, dia menjadikan arwah Mamat  Khalid sebagai inspirasi untuk dia menghasilkan filem Sue-On ini.

Menganggap allahyarham sebagai ‘sifu’ dalam bidang pengarahan, tidak dinafikan dia banyak menjadikan filem-filem arahan Mamat Khalid sebagai rujukan.

“Sebenarnya apabila filem Sue-On ini dibuat , ia adalah satu penghormatan buat sifu dan juga abang saya dalam dunia seni iaitu Allayharham Mamat Khalid dan saya banyak membesar dengan filem-filem beliau.

“Malah, saya mengenali dunia filem secara lebih mendalam pun daripada beliau. Jadi, sedikit sebanyak hasil tangan ini terbaharu saya ini mendapat inspirasi daripada filem-filemnya,” ujarnya.

MANA PERNAH TIADA CABARAN

Razif berkata, penggambaran filem berkenaan dilakukan pada November hingga Disember 2021 di Taiping, Perak.

Dalam pada itu, Razif juga mengakui dia tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran tertentu sepanjang menghasilkan filem Sue-On.

Antaranya, dia perlu memikirkan cara yang terbaik agar filem arahannya itu dihasilkan dengan cerita yang cukup santai dan mampu menghiburkan penonton.

“Kalau ditanya tentang cabaran ketika penggambaran, paling utama adalah cuaca memandangkan Taiping adalah kawasan tadahan hujan.

DATUK AWIE KONGSI ILMU

“Namun, cabaran sebagai pengarah pula pastinya adalah mahu memastikan filem ini betulbetul dapat menarik penonton ke panggung.

“Apa-apapun saya berasa sangat beruntung kerana penerbit sendiri iaitu Dato Awie banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu kepada saya,” jelasnya.

Menampilkan ramai barisan pelakon-pelakon hebat tanah air, Sue-On akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 6 JULAI 2023.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge