DRAMA BERBAHAGI SUAMI BINCANG ISU POLIGAMI DARI PANDANGAN ISTERI KEDUA!

Drama Berbahagi Suami, Membincangkan Isu Poligami Dari Sudut Pandang Isteri Kedua.

BERBAHAGI SUAMI

Astro selaku peneraju hab hiburan terkini di Malaysia sekali lagi membawakan drama dengan genre konflik kekeluargaan, Berbahagi Suami buat semua pencinta drama pada Disember ini. Drama ini menghiasi saluran Astro Prima (saluran 105) bermula 2 Disember 2024, jam 6 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.

KONFLIK POLIGAMI DIKETENGAHKAN

Meneruskan kejayaan drama jam 6 petang sebelumnya, Astro tampil berani membawa drama Berbahagi Suami , mengupas isu serta konflik dalam poligami yang sekian lama menjadi polemik di kalangan masyarakat.

Selain menyajikan hiburan buat penonton, drama Berbahagi Suami  juga turut menyelitkan perkongsian ilmu mengenai tanggungjawab lelaki selaku seorang ketua keluarga, hak isteri pada suami, hak ibu dan soal keadilan dalam poligami.

HASIL SENTUHAN UCHEE FUKADA

Drama 65 episod terbitan Radius One ini merupakan hasil sentuhan pengarah Uchee Fukada yang telah berjaya mengarahkan judul drama seperti ‘Malang Si Puteri’ (2024) dan juga ‘Dendam Seorang Isteri’ (2022).

OST BERTAJUK BERBAGI HATI

Runut rasmi nyanyian penyanyi terkenal Khai Bahar dan Wany Hasrita bertajuk “Berbagi Hati” turut mengiringi para penonton sepanjang drama ini.

BUKAN SAJA NASKAH HIBURAN

“Selain daripada terus memberikan drama yang baik, Astro juga terpanggil untuk menerbitkan naskhah yang bukan sahaja sekadar memberi hiburan, namun turun memberi ilmu yang bermanfaat buat semua penonton. 

Drama ini bukan sekadar membincangkan persoalan poligami dari segi luaran, tetapi juga pelbagai aspek penting seperti faham keadilan, mengimbangi perasaan keluarga, memahami akibat atau natijah poligami serta perilaku seorang suami yang baik.

Perlu ditekankan, naskhah ini bukanlah untuk menggalakkan poligami tetapi untuk mengetengahkan aspek-aspek yang wajar diambil kira dan ditimbang tara dalam mengharungi sesebuah perkahwinan.”

-kata Ketua Saluran Astro Prima, Norzeha Salleh.

SINOPSIS BERBAHAGI SUAMI

Mengisahkan tentang rumah tangga Dhani (Amar Bahrin) dan Bella (Elizad Sharifuddin) yang tergugat setelah Dhani memperkenalkan Aishah (Sharifah Husna) sebagai isteri keduanya lantas menjerumus keluarga Dhani ke lembah berantakan.

Ibunya, Lydia, dan mentuanya nekad untuk menghukum Aishah, namun terkesima apabila Bella bertegas menyokong tindakan suaminya. Bella kini berhadapan dengan dua hakikat kehidupan; menerima kehadiran Aishah sebagai madunya atau menerima hukuman dari jenayahnya yang disaksikan Aishah tidak lama dahulu.

Drama ‘Berbahagi Suami’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Untuk info lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge