Assalamualalaikum dan Salam Sejahtera
Filem Ah Boys To Men 4 Kembali Dengan SAF ARMOUR UNIT |Well, pada yang meminati dan mengikuti filem Ah Boys to Men pastinya gembira kerana kali ini ia kembali lagi . Kalau part 1 dan part 2 tentang kehidupan mereka sebagai rekrut. Part 3 tentang kehidupan sebagai Elite Force. Kali ini part 4 kembali dengan penuh aksi dalam SAF ARMOUR UNIT. Pastinya anda kenal dengan para pelakon yang membawa watak dalam Ah Boys to Men 4 walaupun ada pelakon tambahan. Filem ini adalah arahan Jack Neo dari Singapura . Banyak mesej yang disampaikan didalam filem ini seperti semangat cintakan negara , berkorban demi negara berpisah dengan ahli keluarga apabila dipanggil kembali bertugas. Pelakon-pelakon utama asal seperti Tosh Zhang (Alex), Wan Wei Liang, Joshua Tan, Naoh Yap dikekalkan serta ada pelakon baru
Sinopsis Ah Boys To Men 4
Masing-masing mempunyai kehidupan tersendiri selepas tidak bersama lagi didalam Elite Force. Mempunyai kerjaya tersendiri, berkeluarga dan ada yang masih mencari ‘partner’ .Leftenan Zhang Xin Yi, wanita muda yang cantik, keras kepala dan tegas antara watak terbaru didalam filem ini. 
Trailer Ah Boys To Men 4
OST Ah Boys To Men 4
Tak rugi menonton filem ini bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga . Masih ada lagi tayangan di pawagam yang berdekatan dengan anda . So selamat ber – Ah Boys To Men ye. Layari untuk maklumat lanjut di
Facebook Ah Boys To Men : https://www.facebook.com/AhBoysToMen/


