Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Rempit Sampai Langit Gelak Habis Dengan Ajak Shiro |Haa… siapa peminat Ajak Shiro meh angkat tangan cepat sebab kite nak kongsi filem terbaru lakonannya. Pasti gelak habis sepanjang menonton, plot cerita yang sempoi dan simple senang untuk di hadam dan difahami. Dalam kegembiraan rupanya filem ini mengambil masa dalam 3 tahun untuk disiapkan. Ini kerana filem ini adalah filem komedi ber CGI . haaa.. apalak CGI tu apa kata moh kite pi nonton kat wayang ye.
Menampilkan barisan pelakon seperti Ajak Shiro (Kudin) sebagai teraju utama yang bergandingan bersama Nabila Huda (Comel) dan Tauke Jambu. Turut beraksi dalam filem ini adalah Reen Rahim, Jay Iswazir, Cristina Suzanne, Ruminah Sidek, Abu Bakar Juah, Bil Azali, Indera Hafiz dan Abdul Rahman Suud.
Sinopsis Rempit Sampai Langit
Rempit Sampai Langit mengisahkan tentang Kudin yang membuat keputusan untuk menyertai geng Mat Rempit bagi memenangi kembali hati teman wanitanya, namun menemui kegagalan. Kehidupan Kudin yang suram akibat kekecewaannya berubah apabila dia bertemu dengan seorang saintis Arab yang telah menghadiahkannya dengan sampel petrol ‘magik’ yang mampu menjadikan motornya ‘terbang’. Fenomena kejadian motor terbang milik Kudin menjadi viral sehingga membuatkan Kudin hanyut dalam dunia glamor.
Tayangan perdana dihadiri oleh barisan pelakon dan tenaga kerja produksi filem tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran hampir 200 orang ‘Mat Motor’ serta persembahan pentas oleh penyanyi lagu tema Sampai Langit, Usop, finalis Mentor Milenia 2017.
Kini Suhan Movies kembali menggamatkan pawagam dengan sebuah filem bergenra aksi-komedi arahan Silver Chung, setelah hampir dua tahun tidak mengeluarkan filem, Filem ini merupakan arahan kedua Silver bersama Suhan Movies selepas filem Balistik. Menurut Datuk Rosyam Nor selaku penerbit filem ini, Rempit Sampai Langit bakal mengangkat martabat filem komedi sedia ada dengan garapan cerita yang istimewa daripada Silver disamping sentuhan magis Viper Studios yang telah menyempurnakan filem ini melalui teknologi imej janaan komputer (CGI) yang luar biasa.
Trailer Rempit Sampai Langit
OST Rempit Sampai Langit
Untuk maklumat lanjut boleh layari
Facebook Suhan Movies www.facebook.com/SuhanMovies
Facebook Instagram Suhan Movies www.instagram.com/SuhanMovies
Facebook Youtube Suhan Movies www.youtube.com/SuhanMovies