RAMADAN BUFFET DI REBUNG DATO CHEF ISMAIL 2022, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bermula 3 April 2022 bersamaan 1 Ramadhan 1443 Hijrah, seluruh umat Islam akan menyambut dan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
REBUNG DATO CHEF ISMAIL
Tahun ini, Restoran Rebung menyambut Ramadhan dengan bertemakan Selera Warisan Bonda by Chef Ismail.
Tema kali ini mempersembahkan hidangan-hidangan warisan yang hampir ditelan zaman dek arus pemodenan yang kian pesat.
Restoran Rebung merupakan perniagaan bersama di antara Selebriti Chef Malaysia, Dato’ Chef Haji Ismail Ahmad dan Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri.
Setiap resepi masakan telah diilhamkan sendiri oleh Chef Ismail iaitu salah seorang pemilik Restoran Rebung ini.
HARGA BERBUKA PUASA
Dengan lebih daripada 100 jenis pilihan hidangan makanan dan juga pelbagai jenis pilihan minuman. Hidangan makanan berkonsepkan masyarakat Melayu.
Teratak kami juga menggunakan hiasan dan dekorasi berkonsepkan khazanah Melayu Asli. Untuk dewasa RM 88.00 nett dan kanak-kanak [5-11 tahun] RM 58.00 nett.
HIDANGAN PANTAI TIMUR
Istimewanya pada tahun ini, kami menyajikan hidangan sentuhan Pantai Timur. Antara hidangan sentuhan Pantai Timur seperti Nasi Kerabu Kelantan, Laksam, Ayam Percik, Ikan Percik.
Beberapa jenis kuih-muih yang berasal dari Pantai Timur seperti, Kuih Lompat Tikam, Kuih Serabai, Kuih Belebat Ubi, dan sebagainya.
Hidangan wajib seperti, Masak lemak Rebung dan perut, Daging Salai Masak Lemak, Asam Pedas Daging Tetel, Gulai Tempoyak Ikan Patin, dan sebagainya.
JUADAH ISTIMEWA
Sempena Ramadhan ini, tidak ketinggalan juga kami menyajikan juadah istimewa Ramadhan iaitu Murtabak, Gulai Kawah dan sebagainya.
Terdapat juga pelbagai pilihan air seperti, air balang pelbagai perisa, kopi O kampung, Teh O panas, Laicikang, Cendol dan lain-lain lagi.
Menjamu selera tanpa perlu ke bazar. Semuanya ada di bawah satu bumbung Restoran Rebung Chef Ismail.
PERSEMBAHAN MENARIK DI BULAN RAMADHAN
Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular terutamanya di Negeri Johor.
Persembahan irama Ghazal ini akan dipersembahkan oleh Kumpulan Orkes Melayu Rojer. BUNGKUS DAN BAWA PULANG.
Jika ingin solat mahupun menunaikan solat tarawih akan diimamkan oleh seorang pekerja Restoran Rebung sendiri di surau lelaki pada setiap malam di sepanjang bulan Ramadhan ini.
PICK & PAY PUN ADA?
Hanya perlu datang ke Restoran Rebung, memesan juadah pilihan, membayar harga juadah yang dipesan dan terus boleh dibawa pulang ke rumah masing-masing.
Masa yang ditetapkan untuk perkhidmatan “PICK & PAY” ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang sahaja.
Email | Facebook | Contact : +603-2276 3535 | +603-2276 2525|