FARISHA IRIS ELAK GIMIK MURAHAN DALAM ‘BAEK’, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Minat dalam nyanyian yang sudah sebati dalam diri tidak pernah jemu untuk perkenalkan bakatnya ini.

FARISHA IRIS

Seperti mana tingginya cita-cita yang ingin digapai, begitu juga besarnya harapan Farisha Iris, 22, atau nama sebenarnya Farisha Asmadi. Tidak pernah penat untuk terus memperjuangkan muzik dan kerjaya seninya.

TIDAK PERNAH PUTUS ASA


Pun begitu, laluan Farisha bukan mudah biarpun sudah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Ini termasuk program realiti Big Stage musim ketiga yang lalu. Bagi Farisha, dia tetap berpegang pada prinsip yang mana tidak akan berputus asa.

GIMIK MURAHAN ?


Termasuk juga apabila bercakap soal sengaja mencipta gimik murahan semata-mata bagi mempopularkan lagu dan diri mereka. Farisha mengakui, itu bukan cara yang sepatutnya diambil seseorang penyanyi selain tidak gemar dengan pendekatan itu.


“Kalau gimik daripada pandangan netizen, mereka cepat percaya dan suka dengan ‘drama’ yang hebat. Sekaligus, dapat menarik perhatian dan promosi percuma. Sudah pasti perkara itu dapat menaikkan nama.


“Namun, dari pandangan saya sebagai penyanyi, saya tidak gemar untuk melakukan sebarang gimik. Biarlah setiap apa yang dihasikan itu secara semulajadi selain dapat menarik perhatian umum dengan sendirinya.

Walaupun, sambutan tidak sehebat yang ada gimik tapi itu lah kenyataan,”

-katanya.

SINGLE BAEK


Terbaharu, selepas muncul dengan Hello pada awal tahun ini, Farisha iris melancarkan pula single Baek yang turut berkolaborasi dengan rapper Alan D.


Lagu ciptaan komposer Mingaling dan lirik oleh Amir Hasan ini adalah terbitan syarikat rakaman 17 Eleven Music yang dilancarkan secara rasmi pada 2 Januari 2022 yang lalu.


“Pada awal 2021, saya sudah ulang alik ke studio Mass Music untuk lebih kenal dengan komposer dan penulis lirik lagu Baek.

Lagu ini mengisahkan seorang wanita yang inginkan kejujuran lelaki itu dan mencari lelaki yang setia. Apabila mereka sudah bersama, wanita ini minta lelaki itu menjaga dirnya dengan baik, setia dan gembira. 

CABARAN ADA ?


“Cabaran merakamkan lagu ini adalah, saya kena sesuaikan diri dengan genre pop, sebab bunyi lagu ini sangat urban dan lebih kepada penceritaan. Walaupun, bunyi macam senang nak nyanyi, tapi saya berasakan ada cabaran dari segi vokal.

Nak rakam dalam studio agak susah, kena ada stamina dan teknik vokal yang baik. Apatah lagi menyanyi secara langsung. 


“Ini kerana saya utamakan pandangan penyanyi senior dalam industri untuk mendengar muzik dan vokal yang berkualiti. Dalam masa sama, pendengar pun menjadi keutamaan saya, sebab siapa lagi yang akan menyokong bakat saya kalau bukan mereka,”

-sambungnya lagi.

IDEA FEAT.


Mengenai genre lagu Baek itu, Farisha berkata dia kagum dengan melodi yang dihasilkan.

“Pertama kali mendengar demo lagu ini, saya sudah mula kagum dengan melodi dan gubahan lagu ini. Sudah tentu disebabkan genre juga. Jadi, saya sudah mula untuk mencuba dekatkan diri dengan genre pop yang ada bahagian rap. 

“Saya juga tertarik dengan idea ‘feat’ atau berkolaborasi bersama penyanyi rap. Sebab saya sangat berbesar hati untuk ada pengalaman ‘featuring’ dengan mana mana penyanyi.

Kiranya macam, saya dapat peluang baru dan juga memberi peluang pada untuk penyanyi baru atau lama untuk melebarkan lagi bakat masing masing,” katanya.


Dalam masa sama, Farisha berkata genre lagu Baek bukan mudah untuk dinyanyikan.
“Apa pun genre lagu bukan mudah untuk dinyanyikan. Tahap kesukaran lagu ini berbanding lagu sebelum ini tak banyak beza.

Saya berasakan ada baiknya cuba kuasai genre yang ringan sebelum nak bawa  genre yang lebih berat. Macam balada yang mana nak rakam dalam studio agak susah.

Kena ada stamina dan teknik vokal yang baik. Saya tak nak menyanyi asal boleh dan sedap ditelinga sendiri,” katanya.

KOLARABORASI DENGAN ALAN D


Ditanya berkenaan kolaborasi dengan rapper Alan D, menurut Farisha Iris, dia teruja apatah lagi pernah mendengar lagu nyanyian Faizal Tahir bersama Alan D.


“Apabila kali pertama saya diberitahu dapat ‘featuring’ dengan Alan D, secara automatik saya teringat lagu Alan D bersama Faizal Tahir iaitu Luka Hati.

Macam kebetulan sebab saya suka mendengar lagu itu. Tambahan lagi, saya juga teruja apabila dapat tahu lagu Baek ini ada bahagian. Jadi, ini satu peluang yang besar untuk saya dan Alan D untuk menghiburkan dan hargai bakat yang kami ada.


“Jadi, harapan saya untuk single terbaru ini agar ia mendapat maklum balas dan sambutan yang baik dari semua peminat saya dan pendengar. InsyaAllah saya akan terus menghiburkan semua orang,”

-sambungnya.

UNTUK ALAN D

Sementara itu, Alan D mengakui senang bekerjasama dengan Farisha.

“’Attitude’ dan sikap Farisha yang sentiasa positif dan berfikiran terbuka membuatkan lagu ini menjadi. Saya amat senang hati dan gembira dengan tenaga dan aura yang farisha bawa ketika rakaman lagu di studio dan video muzik. Dia juga seorang yang aktif dan penuh dengan semangat.


“Bagi saya, lagu ini sebuah lagu yang orang ramai atau pendengar boleh kaitkan dengan kehidupan seharian. Selain itu saya dan Farisha mempunyai suara yang unik di mana lagu ini amat sesuai dengan suara dan ‘tone’ kami.

Genre lagu ini kotemporari hip hop. Tambahan pula bahagian korus lagu ini menarik dan ‘catchy’ senang untuk pendengar menyanyi bersama,”

-katanya.


Dalam masa sama, Alan D berharap lagu Baek ini diterima baik peminat muzik tanah air.


“Harapan saya, apabila orang mendengar lagu ini akan ikut bersama menyanyi dan sekaligus menghayati setiap bait lirik.

Saya harap setiap pasangan bercinta, atau dalam perhubungan mahu pun sudah berkahwin, sayang antara satu sama lain dan jaga baik baik pasangan anda. Hargai pasangan anda dan buktikan sayang itu,” katanya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge