Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Alhamdulilah, ICE- WATCH telah berkerjasama dan bergabung dengan Habib Jewels, ICE-WATCH dan juga Pandora untuk melancarkan HIP (Habib Jewels (H) , ICE-WATCH (I) ,Pandora (P). Pameran HIP telah berlangsung di The Curve sekarang hingga Oktober 6, 2014. Pameran jam ICE- WATCH kali ini memang dari design terkini dan harganya berpatutan juga.
Pengasas jam ICE-WATCH Mr Jean- Pierre Lutgen, Dato Meer , duta dari Belgium dan beberapa orang ternama bersama-sama telah melancarkan koleksi terkini ICE- WATCH iaitu “ice-y” di dalam majlis perlancaran ini. Dengan warna yang ceria, rekaan yang bergaya menjadikan pengguna itu memahami tentang “cara bergaya yang sempurna”. Menarik perhatian KP sewaktu perlancaran ini ialah pilihan warna yang terang dan memikat hati.
Menurut Mr Jean- Pierre Lutgen, koleksi kali ini melambangkan nilai-nilai yang berkaitan dengan unsur “ais” itu sendiri iaitu ketelusan dan kesucian yang diserikan lagi bersama tabung lutsinar. Dato Meer mengharapkan koleksi ini dapat mewarnai kehidupan masyarakat di Malaysia dengan hasil kerjasama Habib dan ICE-WATCH
Antara koleksi yang di gayakan oleh para selebriti ialah Elfira Loy. Warna dan rekaannya di gayakan dengan pakaian yang di pakai mahupun mengikut mood pada hari tersebut.
Terdapat beberapa koleksi : BMW Motorsport, Canvas, Chamallow,Checks , Denim, Glam Forest, Elegant dan lain – lain lagi . Yang memikat hati KP di antaranya ialah
Koleksi Ice- Glow – warna-warnanya yang lembut
Koleksi Ice- Ola– warna pelangi
Koleksi Ice- Denim – sesuai untuk di gayakan bersama seluar jeans dan sesorang yang lasak
Koleksi Ice- Polo- cantik ” colour stripe”
Koleksi Ice- BMW Sport – Kalau dapat collection nie memang terbaik
Jadi apa lagi jomlah kita bertukar ke ICE- WATCH . Tak cukup duit, tak mengapa sempat lagi untuk kumpul duit ye.
#kitepunye #kitepunyedotcom #icewatch #thecurve