Apabila membeli telefon pintar banyak perkara yang perlu dititikberatkan! Bukan setakat spefikasi seperti kamera, memori dan lain-lain. Ciri-ciri keselamatan jangan lupa. Untuk pengguna Samsung, pernah dengar pada Samsung Knox Vault.
SAMSUNG KNOX VAULT
Keselamatan adalah penting bagi menjaga informasi peribadi dan data dari digodam. Ini dikongsikan buat para pengguna Samsung terutamanya pengguna siri Galaxy A.
Salah satu ciri keselamatan utama yang paling inovatif iaitu Samsung Knox Vault kepada pengguna siri Galaxy A. Ini adalah yang pertama kali untuk pengguna Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G.
KNOX SECURITY
Dipertingkatkan ciri keselamatan dimana Knox Security dapat melindungi peranti dan data pengguna daripada akses tanpa kebenaran. Tidak kira sama ada dengan cara kata laluan, PIN mahupun corak, ciri ini dapat menjamin peranti dan data dalam ‘Secure Folder’.
Membantu melindungi data paling pada peranti, termasuk bukti keselamatan skrin kunci, seperti kod PIN, kata laluan dan corak walaupun peranti itu hilang atau dicuri. Yang paling penting ketika sedang sibuk sama ada sedang membeli-belah, atau piknik atau bersukan tidak perlu risau akan keselamatannya.
SECURE FOLDER
Untuk Secure Folder ini, salah satu ‘storage’ atau simpanan untuk pengguna menyimpan segala gambar mahupun video didalamnya. Jika ada fail -fail yang dikelaskan sebagai fail peribadi pun boleh disimpan kerana ada lapisan perlindungan tambahan didalamnya.
Selain itu, Knox Vault melindungi daripada akses tanpa kebenaran dengan melindungi kata laluan, PIN dan corak yang memastikan kenangan Raya anda kekal selamat. Samsung Knox Vault
GALAXY SECURITY AND PRIVACY DASHBOARD
Pengguna siri Galaxy A series yang baru ini boleh mengakses kepada ‘Galaxy Security’ dimana ia dapat membantu untuk mengawal perkara yang tidak diingini terjadi kepada data didalamnya. Selain itu juga dengan ‘Privacy Dashboard’, boleh memilih dan memberi kebenaran pada perkara yang diingini.
AUTO BLOCKER
Ini adalah wajib digunakan jika membeli telefon pintar kepada anak-anak dibawah umur. Mana tidaknya ia dapat membantu pengguna untuk mengawal perkara yang tidak patut terutama untuk pengguna di bawah umur.
Selain itu juga untuk mengelak juga menyekat applikasi dari sumber yang tidak dibenarkan untuk ‘download’ tanpa kebenaran. Pakej ini termasuk dengan langkah keselamatan tambahan.
Juga menyediakan semakan keselamatan aplikasi untuk mengimbas kemungkinan ‘perisian yang berpotensi berniat jahat pada ‘Apps threat’ kepada telefon pintar semasa disambungkan melalui kabel USB.
KOMITMEN SAMSUNG
Memastikan dimana telefon pintar dari Galaxy A series senantiasa kekal selamat dan dikemas kini agar pengguna dapat menggunakannya tanpa rasa risau akan data didalamnya. Mengawal kebenaran akses penerima dan tarikh tamat tempoh fail juga mengehadkan tangkapan skrin atau muat turun.
Peranti Galaxy A55 mempunyai paparan FHD+ Super AMOLED 120Hz yang memberikan visual yang mantap untuk menonton filem. Ditambah dengan bateri yang tahan lama, anda boleh menikmati hiburan tanpa gangguan sepanjang musim perayaan dan percutian.
Ikuti perkembangan dan info terkini di