Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Empire Assam Pedas Nilai – Masakan Resipi Keluarga | Siapa penggemar asam pedas ? Siapa suka masakan Nogori Sembilan macam masak lemak cili api? Since hubby orang Nogori , pastinya ini adalah di antara masakan yang digemari. Kuah kena pekat agar boleh di makan dengan nasi panas dan yang paling penting kalau lagi pedas lagi kick bak kata mereka. Baru-baru nie , KP dan kengkawan yang lain pi jalan jalan cari makan di area Nilai Dengar kata di sini ada kedai yang baru di buka dan masakan yang WIN adalah Asam pedas jua masak lemak cili api . So apa kata kita tengok apa yang ditawarkan di sini
Sedikit info Empire Assam Pedas
Beralamat di 7341 , Jalan BBN 1/2C , Bandar Baru Nilai. Landmark terdekat adalah berdekatan dengan Tesco Nilai . Ia beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Jika ingin tahu adakah mereka tutup pada Public Holiday riki-riki Instagram atau Facebook mereka ya, Baru sahaja di buka tidak sampai 3 bulan pun lagi . Masakan yang dimasak di sini disediakan oleh Chef yang termuda di sini iaitu Chef Syafiq yang berusia 25 tahun. Beliau mengabadikan resipi keluarga iaitu resipi arwah ibu dalam setiap masakan .
Menu di Empire Assam Pedas
Antara menu yang wajib di cuba di Empire Assam Pedas jika anda berada di sini. Pilih yang mana berkenan di hati . Setiap hidangan disertakan sekali bersama nasi putih dan telur masin . Makan asam pedas atau masak lemak cili api dengan nasi panas memang terbaik wei . Silap silap boleh layan 2-3 pinggan nasi . Untuk memastikan yang masakan dihidangkan panas dan kelainan ianya di hidangkan di dalam claypot. Sefahaman KP bila dihidangkan di dalam claypot ianya dapat membantu masakan panas sewaktu menikmatinya
Asam Pedas Ikan Kembong – RM9.90
Asam Pedas Ikan Tenggiri – RM12.90
Asam Pedas Ekor Ikan Pari– RM10.90
Pilihan KP yang bila di rasa cukup bahan rempah ratusnya. Makan seorang sure tak habis kenalah berkongsi dengan cik abang seperti time dating dating dulu. Ikan yang segar dan cili dimasak menjadikan ianya berselera untuk menambah
Masak Tempoyak Ekor Ikan Patin – RM16.00
Masak Lemak Ayam Kampung – RM10.90
Masak Lemak Daging Salai – RM10.90
Ini antara pilihan KP dalam masakan masak lemak , dagingnya lembut enak di makan bersama nasi panas. Kuah pekat dan pedas buat KP menaikkan lagi rasa untuk menambah nasi
Masak Lemak Udang Galah – RM15.00
Peminat udang galah , ini patut cuba wei . Udang segar jadi bila di makan dengan masak lemak terasa pedas dan manis dari isi udang. Lagi lagi dengan nasi panas dan sediki telur masin . Bak kata orang tua, bakal mak mentua lalu pun tak pandang sebab layan makan .l Tengok sajalah udang -udang nie gemok wei, berbaloi dengan harga yang ditawarkan
Nasi Putih + Ayam Penyet – RM9.90
Buat anda yang mempunyai anak-anak yang comel tidak menggemari makanan pedas, so boleh memilih hidangan ini kerana ianya sertakan cili berasingan. Seperti masakan ayam penyet diluar, ayam goreng, tempe dan sup menjadi pilihan anak-anak . Jadi ibu ayah boleh pilih hidangan di atas dari asam pedas ke patin tempoyak mahupun masak lemak cili api.
KP sendiri gemar ratah ayam dan tempe -nya dicicah bersama sos yang disertakan . Sos dia memang terbaik wei ..Rugi tak cuba kalau berada di Nilai
Cendol Durian Empire Assam Pedas
Janji ini last kita share, sebab nak biar anda semua ke sini untuk rasa sendiri. Kalau semua share tak bestlah kan . Yang ini adalah manisan atau dessert yang patut di cuba ye . Kalau dari luaran nampak macam ABC sebab lengkap dengan segala inti pati ABC. Anda jangan tertipu tau sebenarnya ini adalah cendol Durian yang isinya seperti cendol, ditambah intipati ABC, dan tak sah kalau takde seulas durian . Kalau tak ianya tak boleh dinamakan Cendol Durian bukan .
Selfie Shooout- Snap & Win
Buat anda yang menjamu selera di Empire Assam Pedas, ada berita baik . Sekarang berlangsungnya peraduan “Selfie Shootout-Snap & Win” sepanjang bulan Febuari ini. Setiap minggu akan ada pemenang yang bakal memenangi baucar makanan Empire Assam Pedas. Satu gambar dan aksi yang paling kreatif serta menarik akan dipilih dan bakal memenangi hadiah utama pada bulan Febuari ini. Pemenang utama bakal membawa pulang sebuah telefon pintar berjenama.
So macam mana, takkan baca ajer entri kali ini apa kata anda singgah dan cuba sendiri menu yang ditawarkan . Barulah anda sendiri tahu best ke tak . Yang penting KP dah cuba dan pastinya KP akan kembali lagi . Mungkin kali ini dengan family tersayang pula. Mana tahu rejeki menang handphone kan .. Jadi, jom makan … Ingin tahu maklumat lanjut layari