Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Golden Sesame Roster & Buku Masakan Mutiara Johor Corp Dari Ayamas| Ayamas dari nama kedainya tahu yang outlet ini menjual dan menyediakan mana-mana ayam yang belum masak, di marinate mahupun di goreng dan di panggang. Baru ini sempena Tahun Baru Cina telah dilancarkan perisa ayam panggang baru iaitu Golden Sesame Roaster. Bukan setakat menu ayam panggang terbaru, di lancarkan juga Buku Masakan Mutiara Johor Corporation berjudul “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk …” di Taman Tun Dr. Ismail baru-baru ini.
Golden Sesame Roaster
Dengan kombinasi yang sempurna dari rasa masam, manis dan savuri, “Golden Sesame Roaster” adalah ayam panggang Ayamas yang enak yang diperap menggunakan kaedah vacuum tumbler marinator dan diadun dengan perisa bijan panggang, mencetuskan rasa yang unik dan pastinya memuaskan selera anda!
Ayam panggang “Golden Sesame Roaster” dijual dengan harga RM26.88, dan bagi mereka yang inginkan hidangan yang lebih besar, set hidangan “Prosperity Feast” boleh didapati dengan harga RM44.88 dan set hidangan “Prosperity Dinner” dengan harga RM22.88 melalui Ayamas Roaster Express dan cawangan Deli Ayamas sahaja. Golden Sesame Roaster boleh didapati bermula hari ini sehingga 12 Mac 2018 di semua kedai-kedai Ayamas, restoran Rasamas, Ayamas Roaster Express dan Deli Ayamas, selagi stok masih ada. *tawaran ini tidak sah semasa promosi 15hb & 30hb di Kedai Ayamas
“Saya yakin “Golden Sesame Roaster” akan mendapat sambutan yang hebat daripada para pelanggan kami, bukan hanya untuk mereka yang merayakan Tahun Baru Cina tetapi juga oleh semua rakyat Malaysia untuk dinikmati,”
kata Calvin Ang, Pengarah Eksekutif, KARA Holdings Sdn Bhd.
Buku Masakan Mutiara Johor Corporation “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk…”,
Turut dilancarkan di majlis ini ialah buku masakan tradisional yang diterbitkan oleh Mutiara Johor Corporation dengan kerjasama Women OnWards Kulim (WOW), dengan sokongan Johor Corporation (JCORP) dan rakan strategiknya, QSR Brands (M) Holdings Bhd dan KARA Holdings Sdn Bhd. Bertajuk “Nak Masak Apa Mak? Meh Mak Tunjuk…”, buku masakan ini mengandungi 60 jenis resepi tradisional kegemaran sepanjang zaman, termasuk hidangan salad dan sayuran, lauk- pauk, pastri, kek, biskut dan pencuci mulut. Dengan harga RM29.90 senaskah, penerbitan buku masakan ini adalah bagi pengumpulan dana program kebajikan serta kesejahteraan sosial yang dijalankan oleh Mutiara Johor Corporation dan juga bagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan wanita di ladang-ladang milik Kulim (Malaysia) Berhad melalui WOW. Hasil daripada jualan buku-buku ini akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan.
“Buku masakan ini adalah koleksi resipi Melayu tradisional yang disumbangkan oleh wanita Kulim (Malaysia) Berhad yang juga ahli WOW. Dengan nuansa nostalgianya yang tersendiri, buku masakan ini diharap akan menjadi warisan yang akan dapat ditinggalkan kepada generasi muda untuk rujukan mereka dalam menyediakan hidangan tradisional,”
kata Datin Noor Laila Yahaya, Pengerusi Mutiara Johor Corporation.
Inginkan maklumat lanjut layari
Facebook Ayamas :