Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Agehan Japanese Rest – Grand Bluewave Hotel Promosi All You Can Eat | Agehan Japanese Restoran adalah diantara restoran yang ada di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Bagi anda peminat masakan atau hidangan Jepun, apa kata jom ajak kengkawan atau mereka yang tersayang ke Agehan Japanese Rest untuk menikmati promosi terkini All You Can Eat. Makan apa sahaja dari teppanyaki, teriyaki dan juga sushi .. Ada juga dessert dengar kata, nie yang buat KP nak ke sana sekali lagi
“All You Can Eat” kali ini di Agehan Japanese Rest menghidangkan semua jenis sushi, Temaki, Makimano, mee, teriyaki dan teppayaki. Buffet kali ini khas untuk malam Jumaat dan Sabtu sahaja. Bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Untuk dewasa dari RM78.00 dan kanak -kanak berumur ( 4hingga 11 tahun) RM 45.00
Pelbagai jenis hidangan seperti
- Sushi Selection,
- Temaki Selection,
- Noodles Selection,
- Teriyaki Selection,
- Makimono Selection
- Teppayaki Selection..
Dari segi halal pula , Agehan Japanese Restaurant telah mendapat Sijil HALAL daripada JAKIM pada 1 November 2009. Untuk pengetahuan semua, Agehan Japanese Restaurant ini adalah restoran hotel 5 bintang yang pertama mendapat pensijilan kelulusan daripada pihak JAKIM kerana menawarkan hidangan Jepun 100% halal. Ini adalah antara hidangan yang bakal anda nikmati apabila anda berada di sini
Makimono Selection
Pilihan Makimono seperti Futo Maki, Tuna Mayo Sushi, Kani Maki, California Maki, Tuna Maki, Kappa Maki, Salmon Maki, dan Kani Sushi
Sushi dan Temaki Selection
Noodies pula ada Kake Udon, Tsukimi Udon, Tanuki Udon, and Zaru Udon.
Nasi Goreng Garlic – hanya ada di Agehan Japanes Rest sahaja tau
Teppanyaki Selection
hidangan Teppayaki seperti Beef, Squid, Chicken Sausage, Chicken Thigh dan Vegetable.
Teriyaki selection seperti Tori Teriyaki dan Saba Teriyaki
Sup Miso untuk mereka yang inginkan sup sewaktu menikmati hidangan
Tempura pun ada
pilihan dari sayur-sayuran mahupun ikan salmon, udang dan sebagainya dimasak menggunakan tepung tempura yang special di buat oleh chef disini
Untuk anda yang menjaga pemakanan mahupun kesihatan, jangan risau kerana di Agehan Japanese Rest ada juga pelbagai salad untuk anda nikmati.Pilih sahaja yang mana berkenan di hati
Buffet tak lengkap kalau tiada pencuci mulut atau dessert bukan . Manisan , buah-buahan dan juga kek sepatutnya dinikmai sebagai penutup . Di All You Can Eat pun ada juga . Tengok sahaja diantara yang ada untuk di cuba