DONNIE YEN AKAN BERADA DI MALAYSIA, MESTI BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Eh biar betul dengan berita yang baru terima ini? Donnie Yen akan berada di Malaysia?

DONNIE YEN

Siapa saja yang tidak kenal dengan bintang antarabangsa ini? Terkenal dengan watak Tuan Guru IP Man sebelum ini. Kini beralih watak kepada Tuan Guru Qiao Feng.

SIAPA TUAN GURU QIAO FENG?

Seorang protagonis utama di alam kehidupan pemerintahan zaman Wuxia. Dunia Wuxia diciptakan oleh Louis Cha.

Seorang novelis legenda berbakat yang terkenal dan novelis terbaik yang telah menerbitkan pelbagai novel Wuxia termasuk siri novel terlaris Demi-Gods dan Semi-Devils.

Untuk memperkenalkan novel terlaris Demi-Gods dan Semi-Devils pada masyarakat dunia, pelakon aksi terkenal Donnie Yen mengambil inisiatif mengadaptasikan novel ini.

SAKRA

Dari novel tersebut ke layar perak dengan memberi tajuk baru SAKRA. Di dalam pembikinan filem aksi epik terbesar SAKRA ini, Donnie Yen menggalas tugas besar sebagai seorang Penerbit, Pengarah dan Pelakon.

Teruja menghasilkan filem SAKRA supaya menampakkan kualiti dan bermutu, Donnie Yen
telah mengumpul satu pasukan produksi yang hebat.

Sebahagian dari mereka, pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuk sinematografi terbaik, penyunting terbaik, pereka set.

Ada juga pereka pakaian terbaik, pengarah terbaik serta pasukan aksi lagak ngeri terbaik.

Mereka yang menyertai produksi filem SAKRA antaranya adalah pelakon aksi atlet sukan negara Wu Yue, pemenang pelbagai anugerah Hong Kong Kara Wai.

Juga pemenang pelakon wanita terbaik anugerah Filem Hong Kong Cya Liu, Cheung Siu Fai dan ramai lagi termasuk Penampilan Khas – Lui Leung Wai and Tsui Siu Ming.

PROMOSI DI MALAYSIA

Pada 13 dan 14 Januari 2023, Donnie Yen akan membuat kemunculan di Malaysia untuk mempromosikan filem SAKRA dan jadual promosi adalah seperti berikut.

13hb Januari 2023 (Jumaat) 8.00 malam SESSI BERTEMU PEMINAT LG Oval, 1 Utama Shopping Centre

14hb Januari 2023 (Sabtu) 3.00 petang SESSI BERTEMU PEMINAT LG Floor, East Court, IOI City Mall

6.30 petang SESSI BERTEMU PEMINAT Level 2, Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur

7.00 petang TAYANGAN GALA DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur

8.30 malam TAYANGAN KHAS PEMINAT MBO Cinemas Quayside Mall, Kota Kemuning

Raikan Tahun Baru Cina awal bersamanya disamping berpeluang memenangi barangan eksklusif edisi filem SAKRA. Filem aksi wuxia blokbuster SAKRA akan menemui pawagam pada 16 Januari 2023

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge