KKN DI DESA PENARI KINI TAMPIL 40 MINIT EXTRA, SCARY WEI! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada yang dah menonton KKN Di Desa Penari sebelum ini, rasanya perlu tonton sekali lagi.
KKN DI DESA PENARI
Filem seram Indonesia yang pernah mencetuskan fenomena tahun lalu kerana berjaya dengan kutipan keseluruhan sebanyak RM115 juta.
Kini kembali ke pawagam Malaysia dengan penambahan 40 minit babak baru dalam versi kedua filem itu.
MEMPUNYAI PEMINAT SENDIRI
Siapakah pengarah filem ini? Awi Suryadi adalah pengarah filem ini dan kini telah menaikkan filem ini menjadi antara yang terkenal di Indonesia, Singapura dan Malaysia.
LUWIH DOWO LUWIH MEDENI
Pasti tertanya-tanya apakah maksudnya? Ini bermaksud lebih panjang, lebih menyeramkan. Filem kali ini mempunyai penambahan babak baru -40minit.
Disini secara tidak langsung memberi gambaran jelas keseluruhan jalan cerita. Rupanya cerita asal adalah dari ‘thread’ Twitter The Simpleman
Pertama kali ditulis di Twitter oleh individu yang meggunakan nama akaun SimpleMan. Individu ini telah menarik perhatian orang ramai serta viral pada tahun 2019.
Oleh kerana itu diterbitkan menjadi sebuah novel dan kemudian diolah untuk menjadi sebuah filem.
SINOPSIS KKN DESA PENARI
Filem KKN di Desa Penari mengisahkan enam pelajar sebuah universiti di Indonesia yang diwajibkan menjalani KKN (Kursus Kerja Nyata) bagi melengkapkan pengajian mereka.
Memilih sebuah kampung yang terletak di sebuah lokasi pedalaman tanpa menyedari sesuatu yang buruk bakal menanti mereka.
Apa sebenarnya yang berlaku? Kenapa kejadian ini boleh berlaku? Siapakah yang bersalah?
Diterajui barisan pelakon muda Indonesia seperti Tissa Biani (Nur), Aulia Sarah (Badarawuhi), Calvin Jeremy (Anton), Fajar Nugraha dan ramai lagi.
KONGSI PARA PELAKON
Pihak produksi filem ini berusaha sebaik mungkin bagi mengesan lokasi sebenar kisah ini namun gagal.
Kemudiannya memilih lokasi di Yogjakarta untuk mirip-mirip akan kisah ini sebagai lokasi pengambaran .
-kata Fajar Nugraha yang memegang watak Wahyu.
Penambahan 40 minit babak dalam versi kedua filem ini akan memberi gambaran jelas kepada keseluruhan jalan cerita filem ini
-kata Calvin Jeremy yang memegang watak sebagai Anton.
Harus berlatih menari selama sebulan untuk menjiwai watak Nur yang dirasuk dalam satu babak di dalam filem ini.
-kata Bissa Tiani yang memegang peranan sebagai Nur.
Versi kedua ini mula ditayangkan pada 26 Disember 2022 di Indonesia manakala tayangan di Malaysia telah bermula pada 5 Januari 2023 .
⭐⭐⭐⭐/5