Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

IP Man 4 : The Finale Bakal Mengakhiri Kesinambungan IP Man~Filem filem bercorak aksi seni mempertahankan diri antara genre yang sering menjadi kegemaran penonton di Malaysia. Siri filem IP Man adalah salah satu naskhah aksi seni mempertahankan diri dari Hong Kong yang ,menghiburkan penonton semenjak filem pertama ditayangkan bakal berakhir dengan penayangan filem IP Man 4 : The Finale.

Filem IP Man 4 : The Finale bakal ditayangkan 20 Disember 2019 adalah filem terbitan Mandarin Film masih mengekalkan Donnie Yen sebagai watak utama di samping Wilson Yip selaku pengarah. Donnie berkata pengalamannya dalam membawakan watak sebagai IP Man sebelum ini banyak membantu dirinya untuk menjayakan filem ini.

Pengalaman yang saya ada membantu saya untuk menghayati watak ini dengan lebih mendalam namun ianya bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bagaimanapun saya berasa bertuah kerana dapat memegang watak yang sama sebanyak 4 kali’

Bagi menjayakan babak pertarungan pula, pelakon ini menjelaskan bimbingan daripada Yuen Woo Ping yang bertindak selaki pengarah aksi selalu memastikan setiap babak dilakukan dengan sempurna. Beliau adalah seorang senior yang dihormati dan guru yang terkenal. Saya yakin dengan kareografi -nya kerana setiap idea yang di kongsikan adalah yang terbaru dan hasil yang cukup baik. Selain itu juga beliau akan memastikan setiap pukulan mendapat momen yang terbaik bagi mencapai kesempurnaan setiap watak.

-kata Donnie Yen

IP Man 4:The Finale merupakam kesinambungan dari IP Man 3 yang semakin sukar apabila tiba pada filem seterusnya. Wilson berkata , Donnie sememangnya memainkan peranan yang sangat besar untuk menjayakan filem berkenaan. Dalam filem ini , Donnie senantiasa memberikan komen-komen yang membina. Malah, saya merasakan dia telah menyempurnakan watak IP Man ini

-kata Wilson Yip Wai Shun selaku pengarah

Selain Donnie, pelakon-pelakon lain yang turut membintangi filem berkenaan seperti Wu Yue, Scott Adkins, Chris Collins, Vanness Wu, Vanda Margraf dan Danny Chan Kwok-Kwan. Filem ini diedarkan oleh Lotus Five Star Bersama rakan pemasaran RAM Entertainment akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 20 Disember 2019.

Sinopsis IP Man 4: The Finale

Donnie Yen kembali menghidupkan wataknya sebagai IP Man. Kisahnya bermula dimana hubungan IP Man dengan anaknya IP Chun semakin jauh dan terasing. Demi masa depan anaknya IP Man telah pergi ke San Francisco, Amerika Syarikat bagi mencari kemudahan persekolahan yang sesuai. Kebetulan pula IP Man mendapat berita sedih yang sedikit sebanyak menganggu kehidupan sehariannya. Ketika berada di sana dan berhadapan dengan diskriminasi kaum yang berterusan. Sering diperlakukan secara tidak adil oleh penduduk tempatan terutama mereka yang dari China dikatakan pendatang asing.

Trailer :

IP Man 4: The Finale Star Tour

Sempena tayangan filem aksi ini, Lotus Five Star dan rakan pemasaran RAM Entertainment bakal membawakan penerbit – Raymond Wong, Penerbit & Pelakon – Donnie Yen, Pelakon – Danny Chan dan Penulis Skrip – Edmond Wong ke Malaysia untuk Jelajah Promosi pada 11 & 12 Disember 2019.



1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge