DOLLA BERANI TAMPIL DENGAN MUZIK ANIMASI AWESOME!

DOLLA BERANI TAMPIL DENGAN MUZIK ANIMASI AWESOME! |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kehadiran ‘band girl’ Dolla semakin diterima baik dan mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan. Dari single pertama mereka, Dolla Make You Wanna kumpulan dianggotai empat wanita ini berjaya mencipta fenomena.

DOLLA


Bakat dan keunikan yang dimiliki Dolla sekali gus menepis tanggapan segelintir pihak yang melihat kemunculan mereka ini hanya sekadar ‘menjual’ rupa dan penampilan semata-mata. 


Siapa sangka sangkaan itu meleset berdasarkan beberapa pencapaian yang diraih menerusi beberapa single yang dilancarkan selepas itu. Malah, single Raya Raya Raya yang dilancarkan sempena sambutan Aidilfitri lalu menjadi siulan ramai selain trending di YouTube dan pelantar muzik digital.


Tidak mahu membiarkan peminat ternanti-nanti apa lagi kelainan yang bakal ditampilkan, Dolla yang dianggotai Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo); Tabitha Ariel Lam (Tabby); Angelina Chai Ka Ying (Angel); dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul BERANI.

SINGLE BERANI


Sabronzo, 26, yang mewakili Dolla berkata, lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh John Jeeves dan Firdaus Rahmat itu sedikit berbeza daripada kebanyalan single mereka sebelum ini.


“Dari ‘teaser’ yang Dolla sudah muat naik di Instagram, boleh dengar yang instrumental lagu ini memang lain. Malah, ‘vibe’ dan genre juga lain daripada lagu yang Dolla buat sebelum ini. Dalam erti kata lain, kali ini kita buat ia perlahan sedikit.

Mungkin peminat akan tertanya-tanya kenapa single kali ini berbeza dari segi susunan muzik. Bagi saya, Dolla juga nak tunjukkan sisi lain yang selama ini ramai tidak tahu terutamanya dalam muzik ini. Paling penting, kami mahu buktikan Dolla juga versatil sebagai grup M-Pop,”

-katanya.

KENAPA BERANI?


Berkongsi lanjut mengenai single BERANI itu, Dolla pernah muncul menerusi telefilem yang mengisahkan kehidupan mereka iaitu Dolla Watch Me Glow. Kenapa lagu BERANI mengisahkan mengenai pemerkasaan wanita melalui sistem sokongan.


“Lagu BERANI ini ditujukan kepada wanita dan mahu mengangkat martabat wanita itu menerusi semangat juang dengan bangkit melawan penindasan dan ketakutan.

Pada zaman ini, seseorang wanita sudah perlu keluar dari segala ketakutan dengan menggantikannya dengan berani dan menunjukkan kepada dunia bahawa dia tidak takut, dia berani dan berdikari. Wanita perlu berani.”


“Jadi, jelas tema yang ingin disampaikan dan diketengahkan menerusi lagu ini adalah semangat dan membangkitkan keberanian dalam diri wanita. Bukan apa, hari ini masih ramai wanita yang takut untuk berubah kerana berasakan diri mereka lemah.

Disebabkan itu, wanita perlu sentiasa ada sokongan yang kuat dari orang sekeliling,”

-katanya.

Baca : Wakili Malaysia di NYC Times Square

KHAS UNTUK PEMINAT SETIA


Bagi Sabronzo juga, tema yang diketengahkan dalam lagu BERANI itu ditujukan khas buat peminat setia mereka yang sudah banyak memberikan sokongan dari awal kemunculan Dolla.”


“Jadi apa yang membuatkan lagu ini istimewa. Kerana Dolla menjadikan lagu BERANI ini sebagai lagu dedikasi buat seluruh peminat kami yang digelar iDolla.  Setia memberikan sokongan dan sentiasa berada bersama kami. 

Itu sudah cukup memberikan motivasi dan inspirasi kepada kami untuk terus berjaya dan memberikan yang terbaik dalam bidang muzik ini.

Jadi, harapan adalah semoga iDolla dan peminat muzik tempatan boleh menghargai dan ‘enjoy’ dengan lagu BERANI ini. Paling penting juga harapnya pendengar dapat menerima sisi lain Dolla dalam lagu ini,

VIDEO MUZIK BERANI ANIMASI?


Berkongsi lanjut mengenai video muzik (MV) BERANI yang diarahkan oleh Thaqif Saadon itu, Sabronzo berkata terdapat beberapa faktor yang menjadikan MV ini lain daripada yang lain.


“Pertama adalah pengunaan medium animasi dalam mengambarkan Dolla dalam suatu alam yang berbeza. Dengan masa yang diberikan, kami sepenuh tenaga mengumpulkan segala kudrat untuk menghasilkan MV ini.

 Kami percaya akan mengangkat martabat MV berkonsepkan animasi kepada aras yang lebih tinggi.”


“Dari segi teknikal juga, kami mengaplikasikan beberapa teknik baharu dalam membolehkan dan membuka kunci kepada apa yang kami ingin sampaikan dari imaginasi kami ke dalam bentuk visual.

Perkara itu adalah pengunaan Projeksi 2D ke atas bahan 3D membolehkan kami melakukan adengan dan juga animasi yang kami tidak boleh sebelum ini.

Dari segi penyampaian cerita juga, kami cuba yang terbaik untuk menyampaikan suatu cerita fantasi yang bergantung kepada penonton untuk huraikan dan impretasikan diri mereka sendiri,”

-sambungnya lagi di Majlis sidang media secara virtual

.
Sabronzo berkata, MV BERANI mengambil masa dua bulan untuk disiapkan di mana tempoh sebulan diambil bagi produksi untuk menghasilkan MV ini.

Apa yang pasti, besar harapan agar lagu dan MV BERANI ini diterima baik peminat. Info lanjut layari

Youtube DOLLA

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge