CD DOLLA MINI ALBUM WITHIN 24 JAM SOLD OUT!

CD DOLLA MINI ALBUM WITHIN 24 JAM SOLD OUT!

CD DOLLA MINI ALBUM WITHIN 24 JAM SOLD OUT! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila kali terakhir anda membeli CD album? Mengambil langkah berani untuk melancarkan mini album dalam bentuk cakera padat (CD).

CD DOLLA MINI ALBUM SOLD OUT

Percaturan DOLLA berbaloi selepas 1,000 unit album berjudul DOLLA: Mini Album itu habis terjual dalam tempoh 24 jam sejurus dilancarkan pada jam 12 tengah malam, 21 Februari lalu.

Menariknya, DOLLA yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya cuma merancang untuk lancarkan 500-unitCD pada awalnya.

Bagaimanapun, jumlah itu ditambah kepada 500-unitlagi ekoran sambutan luar biasa peminat setia kumpulan terbabit.

PRA-TEMPAH 500 UNIT TERJUAL DALAM 12 JAM

Menurut Pengurus Promosi Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar, penambahan itu dilakukan selepas masih ramai peminat terlepas peluang memilikinya dan bersungguh-sungguh untuk membelinya.

“Pada mulanya kami membuka pra-tempah sebanyak 500-unitsaja untuk album ini dan dalam tempoh 12 jam sudah habis terjual. Ramai peminat mengadu terlepas peluang dan berdepan kesukaran sewaktu buat tempahan.

“Kami sendiri memang tak sangka ia akan terjual begitu pantas. Disebabkan itulah kami putuskan memberanikan diri buka tempahan untuk tambahan 500-unitlagi dan itu pun terjual habis dengan cepat juga,”

-katanya.

Menurut anggotanya Sabronzo, percaturan melancarkan CD selepas kejayaan di platform muzik digital sentiasa menjadi impian utama mereka juga. Baginya, album berbentuk fizikal pastinya lebih istimewa untuk dimiliki peminat

PLATFORM DIGITAL MEMBANTU

“Kami sentiasa bersyukur dengan kejayaan karya-karya kami di platform digital. Sokongan tidak berbelah-bagi diberikan peminat sangat menyentuh hati kami dan tentunya mahu cari inisiatif lain untuk terus menghargai mereka,”

-katanya.

SAMBUTAN LUAR BIASA

Tabby pula berkata sambutan luar biasa terhadap mini album itu satu kejayaan cukup manis danbermakna buat mereka. Dia berharap CD terbabit juga akan memberi kepuasan buat semua peminat yang sudah membelinya.

“CD ini adalah bukti usaha keras kami sejak DOLLA ditubuhkan dan selayaknya dikongsikan kepada peminat. Kami amat terharu atas kesungguhanmereka terus menyokong termasuk sanggup membeli album kami ini,”

-katanya.

MINI ALBUM KHAS

Mini album khas itu diterbitkan sempena pelancaran lagu baharu mereka berjudul BAD serta kejayaan showcase sulung DOLLA pada 19 Februari lalu. Dijual pada harga RM60, CD itu turut mengandungi buku foto serta poskad individu setiap anggotanya.

DOLLA: Mini Album memuatkan semua karya hit mereka yang sudah dipasarkan setakat ini. Lagu-lagu dimuatkan termasuk BAD (versi melayu), DOLLA Make You Wanna, Impikan (versi melayu), Berani, Berani (akustik), Watch Me Glow, BAD (versi inggeris) dan Raya Raya Raya sebagai lagu bonus.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge