NSK GROCER DI QUILL CITY MALL BERI KEJUTAN AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Biasa beli barangan dapur awal bulan atau hujung bulan? Sekali sebulan atau dua bulan sekali?

Untuk KP setiap hujung bulan akan beli barangan dapur. Tidak kira barang basah mahupun barang kering. Pasti juga mencari tawaran atau diskaun yang menarik atau murah.

NSK GROCER

NSK bukan baru di Malaysia tetapi NSK Grocer ini adalah kali pertama di buka. Dibuka secara rasmi di Quill City Mall Kuala Lumpur dengan keluasan 85,000 kaki persegi.

Yang menarik NSK Grocer dibuka dalam pusat membeli belah. Jadi, tak perlu risau dengan harga kerana masih lagi yang sama cuma ianya berada didalam Quill City Mall

VOUCHER UNTUK 100 PENGUNJUNG PERTAMA

Jangan terkejut kerana KP turut serta dengan pengunjung yang lain untuk mendapatkan offer masa hari pembukaan. Seawal jam 730 pagi, kelihatan sudah ada barisan dalam 50-60 orang. Masih lagi mengikut SOP dimana masing-masing memakai pelitup muka dan jarak 1 meter.

Offer sempena dengan pembukaan rasmi seperti untuk 100 pelanggan pertama akan menerima voucher NSK bernilai RM100. 1000 pelanggan pertama berpeluang mendapat 1 kotak limau mandarin.

Jika belum mendaftar sebagai ahli ini peluang dimana pendaftaran sebagai ahli NSK PERCUMA (dapat lagi voucher RM10)

RM1 UNTUK BARANG TERPILIH?

Sempena hari pembukaan pelbagai barang terpilih di jual dengan harga runtuh. Antaranya 9pagi -10 pagi: Maggi Kari RM1 (1 bungkus yang ada 5 pek), Milo Soft Pack 200gram RM1 , Beras cap rambutan 1 kg RM1, Lays Stax Oregano RM1 dan pelbagai lagi.

Untuk jam 11-12 tengahari : Kacang Nyan Yin RM1, Sunquick Orange 840ml RM4.99, Sos Cili Kedai Ayamas RM 1.00 , dan pelbagai lagi.

PORT MENARIK

Yang menarik dan tertarik jika membeli di NSK Grocer ialah ruangan barang basah. Semuanya segar dan paling best banyak pilihan. Sebut saja dari pelbagai jenis ikan, ayam, daging, ataupun makanan laut seperti sotong, udang, kerang, lala ada juga

Sayur-sayuran pula memang dijaga kualitinya seperti di pasar mahupun di hypermarket. Tinggal pilih , timbang dan bayar.

SELESA KE MEMBELI DI SINI?

Selesa sangat, bayangkan 85,000 kaki persegi . Jadi keluasan-nya saja dah tahu bagaimana kan? Susunan barangan pun teratur dan senang di cari.

Datang bersama anak-anak kecil pun tak perlu risau. Dah nama pun NSK jika nak beli borong pun ada juga. Pasti lagi murah dan menjimatkan.

Parking pun banyak dan akses mudah ke NSK Grocer. Untuk anda yang ‘lady driver’, ada special parking untuk anda.

HARGA PROMOSI HINGGA 16 JANUARI

Jangan lupa rebut peluang untuk membeli sewaktu harga promosi sedang berlangsung. Tak dapat harga hari pembukaan, harga promosi pun ada.

Promosi Harga Pembukaan untuk 3 hari iaitu dari 8hb-10hb dan juga promosi harga lanjutan sempena pembukaan 8hb – 16hb 2022.


Dibuka setiap hari dari 9 pagi sehingga 11 malam. Untuk informasi lanjut layari

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge