DISAGREE LIVE IN CONCERT 2026 DI REXKL, 24 OKTOBER!

Rindu Lagu Disagree? Mereka Kembali Live di REXKL Pada 24 Oktober Ini!

DISAGREE

Peminat rock alternatif, ini masanya untuk throwback! 🤘 Selepas lebih sedekad tidak bergabung di pentas, Disagree bakal kembali menerusi DISAGREE Live in Concert pada 24 Oktober 2026 di REXKL, Kuala Lumpur.

Disagree Live in Concert

DISAGREE LIVE IN CONCERT 2026

Kalau lagu Crumbs, Suicide Note, Scarecrow Adams, Osaka dan Haley pernah menjadi sebahagian daripada playlist korang, konsert ini mungkin peluang untuk dengar semula lagu-lagu tersebut secara live.

Disagree Live in Concert

Lebih menarik, kemunculan semula ini bukan sekadar reunion untuk mengimbau kenangan lama. Disagree turut bakal melancarkan album terbaharu mereka, Black & White in Colour, yang mengandungi 21 lagu secara eksklusif di lokasi konsert.

KONSERT DISAGREE, APA YANG MENARIK ?

Berbeza daripada persembahan biasa, DISAGREE Live in Concert turut menampilkan gabungan teknologi immersive projection mapping dan surround sound.

Disagree Live in Concert

Gabungan visual dan audio ini dirancang untuk membawa penonton menyelami perjalanan emosi yang diketengahkan dalam album baharu mereka.

PENGALAMAN AUDIO VISUAL

Jadi, selain menikmati muzik secara langsung, peminat juga boleh menjangkakan pengalaman audio visual yang melengkapkan persembahan malam tersebut.

Disagree Live in Concert

Bagi peminat lama, inilah peluang untuk kembali menikmati muzik Disagree dalam suasana konsert. Untuk pendengar generasi baharu pula, ini peluang mengenali sendiri kumpulan yang pernah menjadi sebahagian daripada perkembangan muzik alternatif tempatan.

ALBUM 21 LAGU DILANCARKAN

Satu lagi tarikan utama malam tersebut ialah pelancaran album Black & White in Colour. Album ini membawa tema yang dekat dengan kehidupan, termasuk patah hati, trauma, kepercayaan, hubungan dan pelbagai turun naik emosi.

Disagree Live in Concert

Disagree turut memperkenalkan single Let’s Do It All Again pada Mei lalu sebagai sebahagian daripada perjalanan mereka kembali ke dunia muzik.

Album ini diterbitkan dan diadun oleh Greg Henderson, manakala proses mastering dilakukan oleh Leon Zervos di Studios 301, Australia.

KINI KEMBALI, PEMINAT LAMA BOLEH THROWBACK!

Disagree pernah mewarnai dunia rock alternatif Malaysia pada awal 2000-an hingga awal 2010-an. Mereka juga pernah beraksi di festival Rock The World, menjadi kumpulan pembuka untuk Hoobastank dan The All-American Rejects serta meraih tiga Anugerah Industri Muzik (AIM).

Disagree Live in Concert
Beyond the product launch, we’re inviting you to take part in our fun, HYROX-inspired fitness activation! Get moving, challenge yourself, and put your strength, endurance and performance to the test in an engaging, hands-on experience.

Event Details
- Date: Wednesday, 21 October 2026
- Registration Begins: 2:15 PM
- Venue: Pump Fitness Kepong, Lot 12, Jalan Kuang Bulan, Taman Kepong, 52100 Kuala Lumpur
- Dress Code: Sporty Attire

HYROX Activation Registration
Ready to take on the challenge? We invite you to join our fun, HYROX-inspired fitness activation and put your strength and endurance to the test!

If you’re interested in participating in the HYROX-inspired fitness activation, kindly select the relevant response in the RSVP form. Please note that registration for the HYROX activation is separate from event attendance confirmation.

Selepas setiap anggota memberi tumpuan kepada kehidupan, keluarga dan kerjaya masing-masing, kini mereka kembali menyambung perjalanan muzik bersama.

Untuk peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula mereka, konsert ini menjadi peluang untuk berkumpul, menyanyi bersama dan menikmati muzik Disagree secara langsung.

INFO DISAGREE LIVE IN CONCERT

✔ Tarikh: 24 Oktober 2026
✔ Lokasi: REXKL Hall, Kuala Lumpur
✔ Pintu dibuka: 7.00 malam
✔ Waktu persembahan: 8.30 malam – 10.00 malam
✔ Kategori tiket: Berdiri (free standing)

Kalau korang peminat rock alternatif dan rindukan lagu-lagu Disagree, bolehlah tandakan tarikh ini dalam kalendar. Selepas lebih sedekad, Disagree kembali ke pentas dengan muzik baharu dan cerita yang masih bersambung. Jumpa korang di REXKL!