Dewan Raja Muda Musa Shah Alam Menjadi Tumpuan Untuk Majlis…..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dewan Raja Muda Musa Shah Alam Menjadi Tumpuan Untuk Majlis….. | Apabila tiba musim cuti sekolah, pastinya anda akan menerima undangan ke majlis perkahwinan mahupun pertunangan . Buat mereka yang bakal melangsungkan majlis nanti, sudah ketemu ke tempat untuk diadakan majlis nanti. Oleh kerana majlis adalah sekali dalam seumur hidup pastinya persiapan rapi perlu di lakukan dari segala aspek . Baru-baru ini KP sempat menghadiri majlis perkahwinan di area Shah Alam dan tertarik untuk berkongsi dengan anda semua . Jom check it out , lokasi dan dewannya nak ??

Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam

Kalau anda tinggal di area Shah Alam pastinya anda tahu lokasi dewan ini. Ianya adalah di antara lokasi strategik untuk mengadakan majlis mahupun pelbagai acara. Dewan Raja Muda Musa ini terletak bersebelahan dengan Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7 Shah Alam. Dewan ini  di bawah pengurusan Pengurusan Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM)

Dalam satu masa , dewan ini dapat memuatkan dalam 3000-4000 tetamu yang mempunyai berkeluasan 1,776 persegi, ketinggian melebihi 16 meter. Tahukah anda semua yang dewan ini menjadikan dewan yang berkapasiti besar di area Shah Alam. Nak hias-hiasan pun boleh juga dimana tidak termasuk dengan harga sewa dewan dimana anda bolehlah memberitahu tema atau warna yang diinginkan.

Beberapa acara gah pernah diadakan di sini seperti Final Super Spontan All Star 2015, acara jualan Fiesta Usahawan 2016 dan lain-lain lagi .

Dewan kecil

Jika anda inginkan keluasan yang kecil untuk majlis yang tetamu dalam 200 orang juga ada. Ianya ditingkat atas dan boleh memuatkan dalam 200 orang pada suatu masa. Kebiasaannya dewan sebegini digunakan untuk majlis akad nikah mahupun seminar .

Fasiliti Dewan Raja Muda Musa

  • Parking : Apabila sampai sahaja, perkara pertama yang menangkap perhatian KP adalah tempat parking. Bila parking banyak dan luas pastinya menggembirakan para tetamu yang hadir.
  • Holding room mereka atau Bilik Anggerik : Kebiasaan digunakan khas untuk para VIP menunggu sementara majlis bermula. Aad juga menggunakannya untuk pengantin.
  • Surau : Ada juga surau untuk muslimin dan muslimah disediakan buat para tetamu yang hadir
  • Buffet : Jika anda inginkan khidmat catering atau pakej ada juga disediakan . Anda cuma beritahu saja pada PIC sewaktu membuat tempahan , harga jua hidangan yang sedap boleh dirunding.

Dewan Raja Muda Musa ini bukanlah baru di area Shah Alam. Untuk mencari dimanakah lokasinya pun senang. Lagi-lagi sekarang ada applikasi WAZE yang dapat membantu . Kalau still sesat atau tak jumpa cari sahaja landmark yang berdekatan iaitu UNISEL Shah Alam ataupun Hospital Shah Alam.

Antara pakej perkahwinan yang ditawarkan adalah :

Pakej Kasih

Dewan Raja Muda Musa Shah Alam Menjadi Tumpuan Untuk Majlis.....

Pakej Idaman Dewan Raja Muda Musa Shah Alam Menjadi Tumpuan Untuk Majlis.....Untuk anda yang ingin menempah atau ingin bertanya mengenai Dewan Raja Muda Musa ini, bolehlah hubungi

Tel : 03 – 5512 5582

03 – 5511 8326

Whatsapp : 011 – 1301 0276

Fax : 03 -5519 3276

Email : admin@defm.com.my

Website Dewan Raja Muda Musa Shah Alam  : www.drmm.com.my

Facebook Dewan Raja Muda Musa Shah Alam : https://www.facebook.com/dewanrajamudamusa/

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge