Dengan SYAHIRAH Vitalis Mystique Anda Kelihatan Yakin & Menawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan SYAHIRAH Vitalis Mystique Anda Kelihatan Yakin & Menawan| Haruman memukau, melonjakkan rasa ceria dan menggamit ingatan indah adalah intipati yang ada pada haruman Vitalis Mystique ini.

Cetusan inspirasi kehangatan kota penuh ceria, berani dan luar biasa Honolulu di Hawaii, ia membawa ada mengembara jauh seolah-olah sedang beada di kepulauan yang mempunyai panorama yang indah dan cantik, sesekali dibuai angin laut yang lembut dan segar.SYAHIRAH Vitalis Mystique

Haruman Vitalis Mystique ini dirumus istimewa untuk wanita muslimah yang moden, ranggi, bijak lagi mempersona serta berkeyakinan tinggi dalam apa jua aktiviti yang dilakukan namun tetap menyerlah anggun dan berketrampilan.

Seunik namanya, Vitalis Mystique pasti menjadi teman baik kaum hawa yang ingin menyerlahkan personaliti dan persona yang ada menerusi semburan komposisi aroma yang semerbak secara tak langsung menambah daya penarik pada orang di sekeliling.

TIGA komposisi utama haruman Vitalis Mystique adalah:

  • kemanisan buah rasberi
  • keharuman bunga peony
  • kehangatan aroma musky

Ketiga-tiga elemen meyuntik tenaga yang berlainan sebaik sahaja ia disemburkan pada badan.

Menariknya, ia adalah satu resolusi bagi mereka yang kurang berkeyakinan tatkala bersama dengan yang tersayang. Hadir dalam bingkisan biru gelap mewah ala kristal menampilkan sesuatu yang misteri di dalamnya.SYAHIRAH Vitalis Mystique

Selain Vitalis Mystique, rangkaian haruman Syahirah Vitalis didatangkan dalam ENAM lagi jenis haruman. Semuanya mempunyai harumannya yang tersendiri bersama aroma yang berlainan agar dapat digunakan oleh kaum wanita yang mempunyai aura misteri dan kecantikan masing-masing.

  1. Haute Couture: dicipta daripada kombinasi ros, buah beri dan vanilla mencetuskan aroma manis dan lembut. Sesuai untuk wanita moden yang romantik dan ingin tampil menyerlah sepanjang masa
  2. Femme Chic: Letusan aroma yang menyerlahkan sisi feminin dan sensual. Rumusan buah beri dan bungaan sesnsual menerbitkan rasa manis dan segar, untuk kekal wangi sepanjang hari
  3. Celebrite: Alami keghairahan campuran aroma utama daripada Floriental Fruity seperti Jasmin dan kayu cendana, ia memberikan sensasi aroma menyegarkan sesuai untuk wanita ceria, berani dan positif
  4. Magnifique: Dibaluti dengan gabungan haruman sitrus seperti buah mandarin dan tangerine, bunga lili dan vanila, ia membangkitkan aroma yang lembut dan halus, sesuai untuk anda yang feminin dan manis
  5. Empress: Adunan beberapa haruman mewah menggambarkan pesona menawan di dalam diri untuk terus bersemangat melalui hari dengan positid
  6. Dazzling: Serlahkan kegembiraan dengan mencipta memori manis menerusi semburan haruman gabungan nota oren, ros, lily, vanilla dance darwood agar haruman melekat mesrsa untuk tempoh yang lama

Anda boleh miliki haruman Syahirah Vitalis Mystique EDC Edisi Terhad bermula bulan ini sehingga Disember 2018. Ia boleh didapati pada harga runcit RM19.90 di semua rangkaian farmasi terkemuka, pasar raya dan pasar raya besar terpilih.

Maklumat lanjut, layari Website Syahirahttp://www.syahirah.com.my



1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge