DC HEALTHCARE TANDATANGANI PERJANJIAN UNTUK PENYENARAIAN IPO, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

DC HEALTHCARE

DC Healthcare Holdings Berhad (“DC Healthcare” atau “Kumpulan”), pakar dalam perkhidmatan perubatan estetik.

Dengan sukacitanya mengumumkan perjanjian taja jamin telah dimeterai dengan M&A Securities Sdn. Bhd. (“M&A”) untuk tawaran awam permulaan (“IPO”) yang akan datang di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”).

Berdasarkan pendedahan prospektus seperti yang diterbitkan di laman web Bursa Securities.

Langkah penyenaraian DC Healthcare melibatkan terbitan awam sebanyak 199.26 juta saham atau 20.0% daripada jumlah saham terbitan Kumpulan.

Ditawarkan pada harga IPO dan tawaran jualan sebanyak 99.63 juta saham mewakili 10.0% daripada modal saham yang diperbesarkan kepada pelabur terpilih.

SAHAM IPO DIPERUNTUKKAN DENGAN

Terbitan awam

RAKYAT MALAYSIA

49.82 juta saham terbitan mewakili 5.0% daripada modal saham kumpulan yang diperbesarkan. Di mana 2.5% akan disediakan kepada pelabur awam dan 2.5% akan disediakan kepada pelabur awam bumiputera

PENGARAH DAN PEKERJA YANG LAYAK

29.89 juta saham terbitan mewakili 3.0% daripada modal saham diperbesarkan. Kumpulan akan dikhaskan untuk pengarah dan pekerja yang layak di bawah peruntukan borang merah jambu

PENEMPATAN PERSENDIRIAN KEPADA PELABUR TERPILIH

119.55 juta saham terbitan mewakili 12.0% daripada modal saham diperbesarkan Kumpulan dikhaskan untuk pelabur terpilih.

Tawaran untuk di jual

Menawarkan penjualan 99.63 juta saham tawaran yang mewakili 10% daripada modal saham diperbesarkan Kumpulan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih

PERJANJIAN JAMIN DENGAN M&A UNTUK PENYENARAIAN IPO

Di bawah perjanjian itu, M&A akan menaja jamin 79.70 juta saham terbitan yang disediakan kepada orang awam Malaysia dan melalui peruntukan borang merah jambu.

Baki 119.56 juta saham terbitan dan 99.63 juta saham tawaran yang akan diletakkan oleh M&A tidak akan ditaja jamin.

KERJASAMA PERJALANAN YANG PERTAMA

“Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan M&A untuk IPO, meneruskan perjalanan yang pertama kami. Mulakan dengan pembukaan klinik pertama kami pada tahun 2016 yang menyediakan perkhidmatan perubatan am.

Kemudian beralih kepada menyediakan dan memberi tumpuan kepada perkhidmatan estetik.

Kami kini mempunyai 12 klinik perubatan estetik dan merancang untuk membuka lebih banyak lagi dengan menggunakan hasil daripada IPO.”

-kata Pengarah Urusan DC Healthcare, Dr. Chong Tze Sheng.

KEKUATAN DC HEALTHCARE

Adalah penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minimum dalam perkhidmatan estetik.

Kumpulan ini mempunyai pasukan doktor estetik yang berkelayakan serta doktor perubatan di semua kliniknya yang menyediakan perkhidmatan perubatan estetik dan am.

Permintaan terhadap perkhidmatan estetik telah berkembang seiring dengan kemewahan rakyat Malaysia yang semakin meningkat. Tidak ragu-ragu bahawa DC Healthcare akan dapat memanfaatkan permintaan ini.”

-kongsi Pengarah Urusan Kewangan Korporat M&A Securities Sdn Bhd, Datuk Bill Tan

Kumpulan menyediakan perkhidmatan estetik, perkhidmatan perubatan am dan penjualan produk penjagaan kulit.

DC Healthcare mempunyai kehadiran pasaran di wilayah tengah dan selatan Semenanjung Malaysia iaitu di Negeri Sembilan, Selangor, Johor, dan Kuala Lumpur.

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge