BEZA DAUN SUP VS DAUN KETUMBAR MEMANG AMAZING!

BEZA DAUN SUP VS DAUN KETUMBAR MEMANG AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Buat anda yang suka menjaga pemakanan, tahukah anda dimana ini antara salah satu sayuran yang direkomenkan

DAUN SUP

Tumbuhan ini mempunyai daun yang hijau cerah dan bercabang, dan biasanya digunakan dalam masakan untuk memberi rasa dan aroma.

IN ENGLISH NAMA DAUN SUP

Dikenali juga dengan nama botaninya Petroselinum crispum, adalah salah satu herba yang paling popular digunakan di dunia.

Meskipun mungkin lebih dikenali sebagai bahan tambahan dalam sup dan masakan lain, ia sebenarnya merupakan sumber nutrien yang hebat dan mempunyai pelbagai manfaat kesihatan

Akar daun dan biji benihnya banyak digunakan dalam kaedah rawatan merawat dan mencegah penyakit.

Lebih menarik, minyak yang di ekstrak daripadanya boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan ramuan minyak wangi.

Baca: Biji Ketumbar

PERBEZAAN DAUN SUP VS. DAUN KETUMBAR

Semestinya setiap daun atau sayuran ada perbezaan. Ini dikongsikan tips untuk membezakan-nya.

WARNA DAUN

Nama sayur pastinya warna adalah sama iaitu hijau. Cuma untuk daun sup hijaunya lebih terang dari daun ketumbar

BAU

Yang ini dikatakan antara tips yang digunakan untuk mencari perbezaan. Pada yang mempunyai deria bau yang bagus, cuba guna tips ini.

Lebih bau kepada kuah sup tetapi daun ketumbar lebih kuat baunya.

BATANG

Jika diamati dengan teliti, daun sup lebih panjang batangnya dan daun pula lebih tajam. Lain pula untuk daun ketumbar lebih pendek dan daun pula sedikit kecil

DALAM MASAKAN

Untuk daun sup kebiasaannya digunakan sebagai hiasan dalam sup, makanan seperti meehun atau mee goreng. Bagi ketumbar pula digunakan dalam masakan seperti tomyam

KHASIAT DAUN SUP

Lihat saja, walaupun dijadikan sebagai hiasan pada hidangan terutama hidangan Melayu tetapi tersimpan pelbagai khasiat disebaliknya. Antaranya

MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI

Vitamin C yang terkandung di dalamnya menguatkan sistem imun dimana membantu untuk bertahan terhadap penyakit baru. Hidangan yang disyorkan adalah ulam-ulaman

PENAWAR BUAH PINGGANG

Anda mempunyai masalah buah pinggang? Mungkin anda boleh cuba dimana sayuran ini memiliki sifat yang berguna untuk membantu dalam masalah buah pinggang dan masalah jantung.

Amalkan minum air rebusan segelas sehari. Lebihan garam dan racun akan keluar melalui proses pembuangan air kecil.

MEMBANTU MERAWAT KENCING MANIS

Bila gula tinggi dalam darah mulalah senang untuk mendapat penyakit. Rupanya dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah.

JIka nak turunkan berat badan mahupun ingin kurangkan tekanan, jadikan ini sebagai ramuan dalam pemakanan.

TURUNKAN KADAR KOLESTROL

Mampun merendahkan tekanan darah dan kolesterol serta melindungi hati daripada bahan-bahan yang merosakkan.

Nampak saja kecil tetapi pelbagai khasiat ada.  Tak salah menggunakan mana-mana daun dalam masakan, asalkan kena dengan tekak masing-masing.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge