KONSERT HATTAN 35 YEARS JOURNEY SKALA BESAR, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jika disenaraikan siapa antara penyanyi lelaki terbaik tanah air, nama Datuk Hattan wajib ada dalam senarai.

Kelebihan dari segi vokal, gubahan lagu, ‘attitude’ dan pengalaman yang dimiliki meletakkan penyanyi dengan nama sebenar Mohd Shukri Shahabudin ini dalam kelas tersendiri.

KONSERT HATTAN 35 YEARS JOURNEY

Hattan bakal tampil dengan konsert skala besar iaitu Hattan 35 Years Journey. Bakal berlangsung pada 4 & 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre jam 8 malam.

Konsert ini adalah anjuran Mewah Event Management (MEM) dimana juga adalah konsert solo Hattan terbesar dalam kerjaya nyanyian sejak 1987

BAKAL PERSEMBAH LAGU HITS

Lagu hits bakal dipersembahkan seperti Memburu RIndu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Mahligai Syahdu, Meniti Perjalanan, Bisa Bonar, Gadis Jolubu dan lain lagi.

“Ini bukan sekadar konsert tetapi mengandungi penceritaan. Dari segi kerjaya itu berkembang, bagaimana lagu itu tercipta dan kenapa lirik itu terjadi.

Ia akan saya kongsikan sepanjang konsert nanti. Saya memiliki puluhan lagu hits, namun ada yang akan disampaikan secara medley. Untuk lagu popular insyallah saya nyanyikan keseluruhannya.

RANCANG 2 TAHUN LALU

Perancangan konsert oleh MEM sudah 2 tahun tetapi tergendala akibat penularan Covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Februari 2020.

KENAPA PERLU DATANG?

Ini kerana saya akan bagi sesuatu yang saya tahu orang rindu nak tengok sejak dua tahun lalu, Ini juga hadiah daripada saya untuk sahabat dan peminat yang menyokong karier saya.

Saya adalah penyanyi yang penuh jiwa, jadi tidak perlu melompat-lompat. Zaman sekarang ini tak perli lagi.

PERSIAPAN?

Tidak bimbang kerana kerap mengadakan latihan selain menjaga kesihatan. Latihan atau praktis amat penting. Kena menyanyi dengan penuh jiwa tanpa lupa lirik.

Bakal diiringi oleh pemuzik hebat dan berpengalaman pemain keyboard Rozario sebagai Pengarah Muzik.

SEGMEN MENTOR KHAS

Khusus buat Datuk M Nasir dimana Hattan akan menyanyikan lagu-lagu popilar nyanyian dan ciptaan M Nasir. Antaranya Kepadamu Kekasih, Sekuntum Mawar Merah, Gerhana dan Tiara.

“Album itu adalah idea saya dimana saya rakamkan semula lagu M Nasir yang saya suka. Beliau banyak memainkan peranan terhadap perkembangan karier saya dari dulu hingga sekarang”

-kongsi Datuk Hattan

TIKET KONSERT HATTAN 35 YEARS JOURNEY

Disokong oleh West Ipoh Span Expressway (WISE) dan anjuran MEM boleh membeli dengan harga Upper Tier – RM 188, Silver – RM 388, Gold – RM 488 , Diamond – RM 788 dan Platinum – RM 988.

Website Pembelian Tiket

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge