Dapur Thermomix, Teknologi Memasak Alaf Baharu Patut Di Miliki.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dapur Thermomix, Teknologi Memasak Alaf Baharu Patut Di Miliki| Pastinya ramai ibu yang berkerjaya selalu berlawan dengan masa. Dengan adanya dapur secanggi Thermomix ini semua masakan yang anda ingin masak mampu diselesaikan dalam masa yang lebih cepat. Yang paling penting dapur anda tidak berkecah dan tidak perlu lagi membersihkan sisa-sisa minyak ynag merecik dan lantai juga tidak berminyak

Thermomix, jenama peneraju inovasi kejuruteraan teknologi dapur lebih 50 tahun ini memperkenalkan teknologi memasak alaf baharu yang memberi penyelesaian kepada mereka di luar sana terutamanya ibu-ibu bekerjaya yang ingin menyediakan hidangan keluarga dengan cepat dan pantas.

Hanya sentuh fungsi memasak yang diingini pada skrin sentuh, anda boleh mengacau, mencampur, memutar, mencincang, menimbang, memasak, mereneh dan mengemulsi apa jua bahan yang anda perlukan.

Berkesempatan untuk turut bersama didalam workshop “Memasak bersama Chef Theresa”  mengenali dengan lebih mendalam tentang Thermomix. Bukan satu masakan ye tetapi sebanyak 8 hidangan yang kami siapkan .

Bubur Teochew Seafood
–Penyediaan: rebus+stim

Skon Oatmeal
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan doh

Tat Telur
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan doh pastri

Peanut butter jem handmade
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan lepa

Mi Hor Fun dengan Ayam Carik
–Penyediaan: stim+rebus

Kek Stim Ayam Flos
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan kek

Kari Daging Tamarind
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan pes

Ais Krim Coklat pisang
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan ais krim

Jus Lemonade
–Penyediaan: Kisar bahan untuk penghasilan jus

Semua menu yang disediakan diambil daripada buku resipi “Thermomix Easy Meals for the family Asian Edition” yang ditulis oleh Chef Theresa. Untuk yang kurang mahir memasak pasti terpesona dengan teknologi yang ada pada Thermomix. Memang mudah memasak dan menyediakan hidangan keluarga sekarang ini dengan Dapur Thermomix ini

IMG_20180713_133206

Bukan sahaja mudah, pantas malah ia dapat membantu mengekalkan khasiat makanan yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/ThermomixMalaysia atau https://Thermomix.com.my



17 Comments

  1. Menarik la Dapur Thermomix ni..harga pun sure cantik ni kan..kalau la akak dapat sure masalah masak dah takde dah..satu periuk bleh masak macam- macam masakan…bubur kat atas tu menarik hati..

  2. Brape harga nyer? 2 kali skrol, x jumpa harga 🙂
    Multipurpose bunyi nyer ni. All in one. Mcm bagus. Besar ke ekk?

  3. Senang masak dengan gadget ni. Tak perlu pening2 nak guna banyak peralatan. Paling penting hasil hidangan tu memang jadi superb

  4. Ala.. Comelnya.. Thermomax ni bagus dan tahan. Wajib ada satu kat rumah. Lagi senang tak payah nak bersusah payah nak lap dapur

  5. Seronoknya ada dapur macam ni multipurpose… macam-macam boleh digunakan dan dimasak didalamnya… yang penting dapur tak kecah dengan periuk belanga

  6. pergh best betul dapat benda ni..semua jadi mudah je..nak masak, nak buat kuih..ya ampun ..tergoda tengok lerr

  7. Wah lagi mudah kerja.jimat masa dan tenaga dengan adanya thermomix.boleh masak macam macam menu.nampak gaya kena kecek kat suami nih

  8. Ini panci banyak sekali fungsinya ya. 1 panci bisa masak banyak menu makanan termasuk masakah dan kue. I i harga.pastinya mahal deh hehee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge