DAPAT TONTON NETFLIX DI ASTRO MESTI BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Biar betul dengar berita terbaru nie? Macam tak percaya saja!.

NETFLIX DI ASTRO?

Astro dan Netflix mengumumkan telah memeterai penjanjian strategik. Dimana akan membawakan perkhidmatan penstriman terkenal Netflix ke platform Astro. Sekaligus bakal memberikan pengalaman hiburan yang luar biasa kepada para pelanggan Astro.

PELANGGAN ASTRO

Pelanggan Astro bakal menikmati akses untuk menonton Netflix menerusi kotak Ultra. Sejurus selepas kerjasama tersebut dilancarkan dan menerusi Kotak Ulti dalam tempoh masa beberapa bulan akan datang. Ini merupakan antara ciri-ciri kefungsian terbaharu yang diperkenalkan bagi mengintegrasikan perkhidmatan penstriman global di platform Astro.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan Astro dan Netflix di Malaysia kini boleh menguruskan akses pembayaran yuran langganan dengan lebih mudah. Mana taknya semua dalam satu bil yang sama, dengan nilai tambah yang lebih baik.

“Kerjasama yang termeterai dengan Netflix mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan No.1 bagi rakyat Malaysia. Dengan menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik di samping pelbagai kandungan hebat, Antaranya naskhah ‘originals’, program ‘signatures’, tayangan acara sukan secara langsung dan filem blockbuster tempatan untuk dinikmati. Pengumuman ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi Astro di dalam kepimpinan pasaran serantau dalam memberikan pengalaman hiburan terbaik kepada rakyat Malaysia.”

Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro

“Rangkuman program menarik daripada koleksi filem Hollywood seperti Army of the Dead, La Casa de Papel dari Sepanyol, Lupin dari Perancis, dan K-drama seperti Vincenzo. Kami percaya bahawa kisah-kisah terhebat seperti ini boleh datang dari mana sahaja dan turut diminati oleh audiens seluruh dunia. Saya amat berbesar hati dengan pakatan strategik yang terjalin dengan Astro . Kerjasama ini membolehkan kami membawa kandungan hiburan bertaraf dunia di pelbagai peranti pintar pilihan untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia.”

Tony Zameczkowski, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan APAC, Netflix

Kolaborasi ini akan menawarkan pengalaman tontonan terbaik buat pelanggan, dengan hanya menerusi satu destinasi. Netflix merupakan edisi terbaharu yang menyertai perkhidmatan penstriman kian berkembang kendalian Astro, bersama Astro GO, Disney+ Hotstar, HBO Go dan iQIYI. Seterusnya menjadikan syarikat ini sebagai pengagregat perkhidmatan penstriman nombor satu negara dan destinasi hiburan pilihan ramai. Dapatkan maklumat lanjut dan info mengenai pendaftaran di

Astro |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge