Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Coca-Cola Collectors Fair 2018 Dan Demam Bola Berpisah Tiada|Coca-Cola Collectors Fair kembali ke Berjaya Times Square untuk tahun ini di mana kira-kira 70 pengumpul dari 13 negara berhimpun sekali lagi untuk mempamer, menukar dan menjual segala barangan mahupun koleksi Coca-Cola yang mereka ada
Sempena Piala Dunia FIFA Russia 2018 yang dinanti-nantikan bulan hadapan, tema tahun ini segalanya berkaitan bola sepak di mana hubungan sekian lama Coca-Cola bersama Fédération Internationale de Football Association (FIFA) yang bermula pada 1974 memastikan pelbagai himpunan koleksi Coca-Cola daripada pelbagai acara FIFA dipamerkan
“Coca-Cola sentiasa berkongsi minat peminat bola sepak di seluruh dunia dan menerusi kerjasama dengan FIFA, kami menjuarai kuasa permainan untuk menghimpunkan masyarakat bersama-sama. Kami bersedia untuk membawakan keterujaan sempena Piala Dunia FIFA Russia 2018 dan untuk menyelami mood ini, kami mengetengahkan tema Coca-Cola Collectors Fair tahun ini segalanya tentang bola sepak yang mana orang ramai berpeluang menyaksikan sejarah dan jalinan hubungan antara Coca-Cola dan FIFA sepanjang beberapa dekad ini,”
-Gareth McGeown, Ketua Pegawai Eksekutif Bottling Investment Group Malaysia-Singapura-Brunei, Syarikat Coca-Cola.
“Ini kali ketujuh saya menyertai acara tahunan ini dan saya seronok bersama rakan pengumpul lain yang datang dari jauh dan dekat. Kami bukan saja bertukar koleksi tetapi turut berkongsi cerita dan pengalaman, yang bagi saya sesuatu yang sangat berharga. Coca-Cola Collectors Fair menjadi perhimpunan terbesar di rantau ini dan satu platform yang menarik untuk menghimpunkan pengumpul bersama,”