AW LAB Kini Dibuka di KLCC Dengan #PlayWithStyle

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

AW LAB Kini Dibuka di KLCC Dengan #PlayWithStyle| AW LAB, peneraju kedai pakaian dan kasut pelbagai jenama telah melancarkan kedai utamanya yang pertama di Kuala Lumpur, iaitu di KLCC. Sebagai kedai rujukan global bagi gaya sukan, AW LAB membawa rangkaian kasut dan pakaian terkini dari jenama-jenama terbesar dunia ke Malaysia.

Menampilkan konsep kontemporari dan terkini, kedai ini menggalakkan anda untuk menikmati pengalaman ‘PLAY WITH STYLE’, prinsip yang dibawakan olehnya. Kedai ini adalah sebahagian daripada perluasan jenama merentasi Asia Tenggara, berikutan pelancaran yang berjaya di Singapura.

Dengan pengambilan DUA lot di KLCC, outlet ini diputihkan dari lantai ke siling untuk memberikan rupa bentuk yang cerah dan menarik umpama sebuah makmal trend yang menghasilkan ‘gaya sukan urban’. Warna-warna cerah serta pencahayaan yang dinamik di tempat peragaan produk menghidupkan lagi konsep yang moden serta menyeronokkan.

AW LAB amat teruja untuk memberikan pengalaman ‘PLAY WITH STYLE’ kepada seluruh rakyat Malaysia, sebagai satu panggilan untuk membebaskan dan menghiburkan hati setiap hari dengan tenaga positif, keberanian, ketelusan dan keyakinan untuk menyahut cabaran masa hadapan, serta melawan stereotaip juga klise demi memulakan trend dan gaya mereka yang original.

-Giuseppe Nisi, Ketua Rantau Asia AW LAB.

Caprice, Juliana Evans, Alicia Amin & Elizabeth Tan adalah 4 selebriti yang menampilkan nilai-nilai tersebut. Mereka berfikiran di luar kotak, merintis gaya baru dan tidak takut untuk mencuba.

Kami teruja dengan apa yang akan disumbangkan oleh pasaran Malaysia terhadap gerakan dan trend pakaian ‘street’ yang semakin berkembang. Dengan pasaran yang besar dan pelbagai, AW LAB berharap untuk memenuhi segala cita rasa audiens yang berbilang budaya, membolehkan orang ramai untuk mendefinisikan gaya mereka tersendiri dengan penuh keterujaan dan keseronokan,”

Sebagai sebuah jenama yang berlandaskan masa hadapan global, majlis pelancarannya menampilkan koleksi eksklusif terbaru AW LAB daripada Adidas, Puma, Reebok dan banyak lagi. Label kasut pelbagai jenama ini menawarkan model-model kasut, pakaian dan aksesori edisi terhad daripada jenama-jenama peneraju pakaian sukan seperti Nike, Jordan, Asics, Onitsuka Tiger, Converse, New Balance, Vans, Superga, Diadora, Kappa, Jason Markk serta jenama pakaian AW LAB sendiri, Down UP & Two of a Kind.

Seiring dengan pelancarannya, AW LAB juga membawa labelnya sendiri – Down UP & Two of a Kind. Label peribadi ini juga menyokong gerakan ‘PLAY WITH STYLE’ dengan personality yang kuat dan menjadi alternatif bagi pakaian berkualiti. Menarik perhatian dan menggabungkan trend fesyen terkini, kedua-dua jenama baru dalam dunia ‘streetwear’ Malaysia ini menawarkan pilihan bagi lelaki dan wanita.

“Tidak perlu tunggu untuk masa hadapan, kerana ianya sudah di sini,” kata Giuseppe tentang perluasan jenama ini di rantau Asia Tenggara. “Malaysia adalah pasaran yang cantik dan unik. Kedai AW LAB yang kedua sudah mula dirancang untuk dilancarkan pada tahun yang sama. Kami berbesar hati untuk menjadi pemangkin bagi rakyat Malaysia bagi mendefinisikan masa depan ‘streetwear’ di bandar raya yang gemilang ini.”

Ditubuhkan di Itali, AW LAB atau kedai rantaian gaya sukan yang dimiliki oleh Kumpulan BATA ini mempunyai lebih 200 kedai di Itali. Layari maklumat lanjut di

Website www.awlab.com
Facebook : https://www.facebook.com/awlabmy



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge