Buffet Ramadhan Grand Bluewave Shah Alam Bertemakan Timur Tengah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Buffet Ramadhan Grand Bluewave Shah Alam Bertemakan Timur Tengah|Setiap tahun juadah berbuka puasa di Grand BlueWave Hotel Shah Alam tidak pernah mengecewakan. Untuk tahun 2018 Grand Bluewave Shah Alam kali ini kembali dengan tema hidangan daripada Timur Tengah

Lebih daripada 100 hidangan enak ditawarkan, antaranya seperti salad dan kerabu, sup, hidangan panas serta pencuci mulut , variasi minuman dan juga akan dibuka gerai-gerai yang akan menyediakan masakan panas. Antara hidangan hebat yang mampu membuka selera anda seperti

Ada juga masakan istimewa Itali, hidangan Asia seperti Masak Lemak Ikan Tenggiri, Sambal Tempe dengan Jering, Sweet and Sour Squid, Pizza Margarita, Braised Beef Wellington, Assorted Dim Sum, Meatballs Sautee, Bolognese, Lamb Domba,Daging sapi panggang, Ayam Golek, Baba Ghanoush, Ayam Shawarma, Ayam Makhbous dan banyak lagi.

 

Tidak ketinggalan untuk hidangan hebat lain seperti Rojak Buah, Sotong Kangkung, Lemang, Lemang Pulut / Hitam, Ketupat Palas, Serunding Daging, Ayam Serunding, Lontong, Kari Ikan, Asam Pedas, Roti Chennai, Murtabak, Ayam Tandoori dengan Naan Roti, Mee Udang, Asam Laksa, Nasi Ayam Hainan dan banyak lagi hidangan yang lazat yang ditawarkan.

Gerai masakan panas yang pasti menjadi tumpuan seperti pisang goreng,Keropok Lekor dan Roti John.Dan saya sendiri agak teruja untuk mencuba sendiri kerabu, salad dan jeruk! Pastinya selain minuman sejuk, minuman panas seperti kopi dan teh memang yang harus dicuba ketika menikmati juadah berbuka disini.

Pencuci mulut seperti kuih ketayap, Kuih Keria, Bubur Pulut Hitam, Serawa Pisang, Puding Roti Pisang dan  Sago Gula Melaka antara hidangan penutup yang perlu dicuba.

Promosi Buffet Ramadhan Grand Bluewave Shah Alam berlangsung dari 17 Mei hingga 14 Jun 2018 di Restoran Royale Songket  adalah seperti berikut:-

Harga Buffet Ramadhan Grand Bluewave Shah Alam
Dewasa: RM125.00 nett
Warga Emas (60 dan ke atas) : RM65.00 nett
Kanak-kanak (4 – 11 tahun) : RM65.00 nett

Diskaun Istimewa Buffet Ramadhan Grand Bluewave Shah Alam

Diskaun istimewa untuk tempahan awal sebelum 30 April 2018. Dari Ramadhan ke-1 hingga ke-7 harga yang ditawarkan RM73.50 dan untuk hari ke-8 hingga ke-29 Ramadhan harga ditawarkan adalah RM95.00 untuk 9 orang dan ke bawah, dan RM90.00 untuk 10 orang dan ke atas. Bayaran penuh diperlukan semasa tempahan.

Pengunjung juga boleh bersolat Maghrib dan Solat Tarawih di Musolla yang telah disediakan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, GBWHSA juga akan mengadakan Projek Amal untuk anak-anak yatim di bulan ramadhan nanti.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi Jabatan Jualan & Pemasaran di 03-55118811 ext. 2801, 2804 atau 2806 atau email ke dosm@bluewavehotels.com. Layari
Website Grand Bluewave www.bluewavehotels.com 


Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge