Walaupun duduk di bandar pasti ada yang rindu akan masakan kampung. Terutama sekali masakan air tangan ibu/emak/ umi mahupun bonda sama seperti tema kali ini citarasa bonda 2024.
CITARASA BONDA 2024
Untuk tahun 2024, Style- All-Day-Dinning di The Face Style yang baru dibuka tahun ini mempersembhakan hidangan bufet Ramadan tahun ini.
Dengan tema Citarasa Bonda 2024, pastinya akan membuka selera anda dengan keenakan hidangan yang bakal dinikmati sewaktu berbuka puasa.
STYLE-ALL-DAY-DINNING
Terletak di kawasan yang strategik di Jalan Sultan Ismail atau lebih dikenali sebagai ‘Golden Triangle’. Konsep yang moden, luas dan cantik sesuai untuk berbuka puasa bersama mereka yang tersayang.
Untuk pertama kalinya, chef-chef berpengalaman ini bakal bekongsi dan mempersembahkan kepakaran kuliner mereka. Menyediakan dan menyusun menu yang menyatukan tradisi dengan inovasi. Bermula dari 15 Mac hingga 7 April 2024 dari 6: 30 petang hingga 10:00 malam
HIDANGAN ‘SIGNATURE’
Kali ini pelbagai hidangan istimewa seperti “Kambing Bakar,” “”
Ayam Bakar Tebu
Ikan Cencaru Sambal Tauchu “Viral
Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Berkeju,
“Soup Gearbox,
Tidak lupa juga Laksa Kuala Kangsar, Daging Masak Hitam dan banyak lagi yang pastinya membuat anda teruja untuk mencuba
Pemanis mulut pun ada, pasti dicuba semuanya ye
Selain menikmati hidangan yang disediakan, jangan risau dimana surau ada disedikan di tingkat 51A. Ruang yang tenang, luas dan semestinya bersih untuk beribadah terutama di bulan Ramadan.
PERSEMBAHAN PUN ADA
Sepanjang 23 hari sambutan ramadan di The Face Style KL bakal dihiburkan dengan melodi-melodi daripada kumpulan Ghazal kami yang terdiri daripada 4 orang.
Alunan yang memukau ini bakal mencipta atmosfera kemeriahan serta boleh menceriakan Citarasa Bonda.
PROMOSI EARLY BIRD
Bagi memeriahkan acara istimewa ini, promosi pembelian awal dari 1 Mac hingga 15 Mac 2024. Untuk dewasa boleh menikmati pengalaman ini dengan harga RM150/nett. Manakala kanak- kanakdengan harga RM75/nett.
Harga biasa atau tanpa promosi dewasa ialah RM188/nett dan kanak-kanak (6 tahun ke 12 tahun | Warga Emas berusia 65 tahun keatas) RM95/nett
TEMPAHAN
Untuk tempahan atau maklumat lanjut, hubungi tempahan restoran kami melalui WhatsApp di +6012 751 6992 .
Atau hubungi WhatsApp kami antara 9:00 pagi dan 5:00 petang di +6017 613 7423. Talian terus Style All-Day-Dining: +603 2168 1770.