Pejam celik tak sampai dua minggu lagi Ramadan tiba lagi. Pasti setiap kali ramadan penuh dengan cerita sama seperti tema kali ini Cerita Citarasa Ramadhan.
CERITA CITARASA RAMADHAN
Bufet Ramadhan untuk tahun ini akan bermula pada 12hb Mac 2024 hingga 9hb April 2024. Para tetamu bakal menikmati di Restoran Suasana@27 di aras 27, Tamu Hotel & Suite Kuala Lumpur.
Masih lagi mengekalkan hidangan makanan masakan warisan tradisi Melayu atas permintaan ramai. Ia juga sinonim dengan selera rakyat Malaysia, jadi kali ini lebih 172 hidangan bakal dipersembahkan.
SIGNATURE DISH
Untuk kali ini, menu utama yang senantiasa menjadi rebutan atau pilihan utama adalah Nasi Kambing Tagine Dulang Besar, Gulai Daging Batang Pisang dan juga Kari Kepala Ikan.
Para tetamu akan disajikan dengan Pilihan Kerabu, Ulam-ulaman, Sambal Kampung dan Salad, Pilihan Hidangan Utama seperti Ayam Masak Kuzi, Ikan Tengiri Sambal Hijau Manga Muda.
Sotong Masak Lemak Nogori Kacang Panjang, Rendang Pedas Udang Daun Kunyit,
Paru Goreng Sambal Bawang,
Pajeri Terung istimewa dan Masak Lemak Pucuk Manis bersama Keledek.
16 BUAH GERAI
Disamping menu yang ada, terdapat 16 buah gerai yang bakal menyediakan kepelbagaian pilihan menu yang mempunyai ceritanya sendiri. Sepertimana konsep tahun ini Cerita Citarasa Ramadhan.
Laksa Penang
Rojak Pasembur, Goreng-Gorengan, Satay Ayam dan Satay Daging,
Murtabak dan Roti Jonn
Ada juga Chicken Shawarma dan Roasted Whole Lamb, Ikan Bakar Kampung Baru, Mee Goreng Mamak
Gerai yang paling ‘Viral’ pada tahun lepas merupakan gerai ‘Donut Panas Tamu’, Cakoi dan Roti Kukus.
Pencuci mulut
Buah-buahan
Selain daripada itu, Gerai Biskut Balang yang menyediakan enam (6) jenis Biskut Kampung,
Gerai ABC, Cendol dan Ais Krim serta Gerai Air Balang, Teh Tarik dan Kopi Kampung.
PROMOSI EARLY BIRD
Untuk dari kini hingga minggu pertama Ramadhan cuma RM130+ untuk seorang. Jika anda tidak membuat tempahan dan datang terus pun boleh juga hingga 17hh Mac cuma RM120+ sahaja seorang.
Namun, di sarankan untuk membuat tempahan awal bagi mendapatkan tempat khas untuk anda.
HARGA BIASA
Harga CERITA CITARASA RAMADHAN adalah RM169+ untuk Seorang, RM98+ untuk Warga Emas yang berumur atas 60 tahun. RM85+ untuk Kanak – Kanak yang berumur 6 tahun ke atas dan 12 tahun ke bawah.
TEMPAHAN
Sila hubungi pihak Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur untuk tempahan dan pembelian baucar Iftar Cerita Citarasa Ramadhan anda di
Contact +603 26031999 | WA +6019 3039360