CILI KAMPUNG HARTAMAS ADA MENU BARU, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pernah menjadi sebutan katanya hidangan makanan disini semuanya lazat dan menepati citarasa.

Sedap atau lazat bergantung pada individu sendiri. Rasa makanan adalah subjektif tidak akan sama dengan yang lain.

ULANG TAHUN PERTAMA

Diam tak diam rupanya restoran Cili Kampung Hartamas sudah memasuki tahun pertama. Tahniah diatas ulang tahun pertama ini.

Dalam sambutan meraikan ulang tahun pertama ini, set minum petang baru di perkenalkan iaitu ‘Dulang’. Ini diantara Cili Kampung menu terbaru yang ditawarkan.

DULANG HI TEA

Set Dulang ini sesuai dinikmati oleh sekurang-kurangnya 2 orang kerana mix portion yang agak banyak. Tersedia untuk pesanan pada setiap hari bekerja dari jam 3:30 petang sehingga jam 6 petang.

Set Dulang ini menghidangkan Udang Goreng Tepung yang disertakan dengan kuih-muih tradisional seperti onde-onde puding bakar, karipap pandan, cucur udang, pisang goreng dan cucur badak.

Yang menjadi hidangan ini lebih sedap bila dihidangkan bersama sambal cicah iaitu kicap pedas dan sambal cili merah. Belum lagi semangkuk lontong untuk melengkapkan set ini

Setiap hidangan set Dulang turut didatangkan dengan pilihan minuman Teh Tarik, Kopi Kampung atau Teh Panas.

TAHU TAK CAWANGAN PERTAMA DIMANA?

“Sebelum membuka cawangan di Kuala Lumpur pada tahun 2021, restoran ini sudah bertapak di Langkawi. Sambutan memberangsangkan yang diterima telah mendorong untuk melebarkan sayap.

Jadi saya membuka cawangan seterusnya di Kuala Lumpur. Menghidangkan pelbagai hidangan istimewa resepi turun temurun daripada Negeri Sembilan. Cili Kampung Hartamas telah menarik perhatian ramai sejak awal pembukaannya”

-menurut Pengarah Eksekutif Cili Kampung Hartamas, Kesavan Purusotman atau lebih mesra dikenali sebagai KC:

BAKAL BUKA TIGA CAWANGAN LAGI

Tambah KC lagi, pihak Cili Kampung bercadang untuk membuka TIGA buah cawangan lagi dalam masa yang terdekat.

“Alhamdulillah, kami berasa amat bersyukur kerana sejak mula dibuka pada tahun lalu, kami telah menerima sambutan yang sungguh menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan.

CILI KAMPUNG EKSPRES

Selain itu, mereka juga akan membuka beberapa cawangan ‘Cili Kampung Ekspres’ yang berkonsepkan kiosk . Ini membolehkan mereka untuk mendekati lebih ramai pelanggan dan menawarkan produk-produk berbentuk sedia untuk dimakan.

Ini adalah diluar jangkaan kerana dalam keadaan ekonomi yang kembali pulih selepas negara mula memasuki fasa endemik.

Kami menjangkakan orang ramai akan lebih prihatin terhadap restoran yang mereka pilih untuk menjamu selera,” 

-kata Khairil Izwan, yang juga merupakan Pengarah Cili Kampung Hartamas.

DIBUKA SETIAP HARI?

Dengan sokongan 30 kakitangan sepenuh masa,  dibuka setiap hari dengan menu makan tengah hari yang bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 3:30 petang.

Menu minum petang mula dihidangkan pada jam 3:30 petang sehingga 6 petang, sebelum disambung dengan menu makan malam pada jam 6 petang sehingga 10 malam.

Instagram | Facebook

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge