Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Carrie Mozzibuster – Perlindungan Daripada Nyamuk |Kes denggi bukanlah suatu perkara yang asing di Malaysia dengan kadar peningkatan yang tinggi di kawasan bandar dan pinggir bandar. Tahun lepas sahaja terdapat lebih daripada 75,000 kes denggi yang melibatkan 166 kematian. Langkah-langkah pencegahan harus diteliti terutamanya pada waktu siang dan penglibatan pencegahan yang aktif terhadap kanak-kanak.
CARRIE, sebuah jenama yang dipercayai ibu bapa mengeluarkan produk penjagaan diri kanak-kanak seperti mandian dan rambut, syampu, dan bedak talcum yang menyeronokkan dan penuh imaginasi. Carrie amat memahami kebimbangan ibu bapa. Bagi membantu minda kanak-kanak terus bekembang dengan cara bermain dan berimaginasi di dalam dan di luar rumah. Carrie telah mengambil masa 2 tahun bagi membangunkan produk ini secara teliti dan ia didaftarkan di bawah badan berkanun iaitu Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). CARRIE berbangga memperkenalkan 2 produk baharu untuk menghalau nyamuk. CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dan CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dengan UV (dengan Perlindungan UV). Kedua-dua losyen ini telah diuji untuk menghalau nyamuk sehingga 8 jam.
Penyakit demam denggi eloklah dicegah sebelum ianya melarat kerana ia boleh membahayakan diri jua menjadi kritikal. Ada yang bermula dari demam denggi terus didiagnosis demam denggi berdarah . Antara simptom-simptom demam denggi
- Demam panas yang mendadak dan secara mengejut .. melebihi 39C
- Pendarahan pada hidung dan juga gusi
- Kelihatan bintik bintik merah di kulit seperti ruam
- Mengalami sakit kepala yang berpanjangan
- Sakit seperti di sendi sendi .
CARRIE MOZZIBUSTER
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion boleh digunakan setiap hari bagi perlindungan didalam rumah. Ianya dilengkapi dengan perlindungan sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah yang diformulasi khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak, losyen ini juga diiktiraf dengan sijil HALAL. Kedua-dunya boleh didapati dalam pek mudah dibawa bersaiz 50ml dan 100ml. Produk ini boleh didapati di pasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi di seluruh Malaysia.CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dijual pada harga RM 9.90(Semenanjung)*/ RM 10.40 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 50ml, RM 14.90 (Semenanjung)*/ RM 15.60 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 100ml.
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV pula dijual pada harga RM 10.50 (Semenanjung)*/ RM 11.00 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 50ml, RM 15.50 (Semenanjung)*/ RM 16.30 (Sabah & Sarawak)* for 100ml.
Selain dari menggunakan CARRIE MOZZIBUSTER, anda boleh juga mencegah nyamuk aedes untuk bertelur di kawasan kediaman mahupun kerja anda . Ini KP kongsikan tips untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes
Harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mencegah ye. Lagipun cuaca sekarang tidak menentu dan jika dapat dielakkan lebih baik . Bak kata pepatah ” Mencegah lebih baik daripada mengubati “