CARLO RINO LANCARKAN KOLEKSI PRISM MEMANG CANTIK & BEST!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Keterujaan menampilkan helaian rangkaian fesyen ranggi sempena lebaran kian terasa, lebih-lebih lagi dengan ketibaan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang ditunggu-tunggu.
CARLO RINO
Mempersembahkan Koleksi Prism yang mempersona bagi menyuntik elemen glamor dalam koleksi
terbaru Carlo Rino.
Koleksi kali ini memperlihatkan sentuhan kilauan dan gemerlapan bunga api yang menerangi langit pada malam Raya. Dengan reka bentuk timbul geometri perak yang menawan dan aksen tona emas yang mewah.
Turut mencetuskan lagi kesempurnaan lebaran ini dengan elemen keagungan yang elegan.
KOLEKSI PRISM
Mampu menarik perhatian sesiapa sahaja terutamanya apabila anda menampilkan stail raya yang lebih malar dan segar ketika berkumpul bersama-sama keluarga atau menziarahi yang tersayang.
Padanan beg tangan yang sesuai pula mampu melengkapi fesyen anda sewaktu hari lebaran, menjadikan ianya satu statement piece.
Kepelbagaian aksesori dari koleksi ini menampilkan pendekatan gaya yang versatil pada musim perayaan ini. Ciptakan memori indah yang berkekalan dan tampil sedondon bersama-sama ahli keluarga anda dengan Koleksi Prism.
BEG PRISM BOB
Dalam keseronokan menggayakan baju raya yang baharu dan menyediakan kuih raya kegemaran,
tambahkan lagi kesempurnaan penampilan.
Sedikit sentuhan keanggunan futuristik dalam pakaian anda.
Beg Prism Bob. B yang mempunyai reka bentuk geometri pada permukaan beg akan memberikan sentuhan unik kepada persalinan anda.
Warna perak pada beg tersebut akan memberikan aura moden dan sofistikated kepada penampilan Aidilfitri anda.
CROSSBODY DAN CARRY-ALL BAG.
Beg Prism Crossbody dan Prism Carry-All Bag M yang serba guna adalah aksesori yang sempurna untuk menyerlahkan lagi citra fesyen Hari Raya anda. Serta membolehkan anda mempelbagaikan stail dengan begitu mudah.
Beg ini bukan sahaja tampak elegan dan praktikal, malah ia juga membolehkan anda menyimpan paket duit raya anda yang penuh kelas.
Untuk melengkapkan peragaan Hari Raya anda serta boleh menyimpan segala barang keperluan anda. Dompet Prism Short Wallet, Prism 2-Fold Wallet, dan sarung kad Prism Lanyard Card Case.
Bukan sahaja menawan tetapi juga praktikal untuk membawa kad dan duit raya anda dengan mudah. Ucapkan hello kepada sisi praktikal Koleksi Prism daripada Carlo Rino.
SANDAL PUN ADA?
Tingkatkan gaya penampilan anda di Hari Raya ini dengan Vena Sandal – dengan reka bentuk slip-on dan blok tumit yang in trend . Ia merupakan penggayaan menarik dalam persalinan anda pada lebaran ini.
Reka bentuk futuristik sandal ini adalah cerminan kepada dunia moden dan berteknologi era kini. Manakala pilihan warna hitam dan pic menjadi elemen utama dalam memastikan fesyen ini tidak lapuk ditelan zaman.
Ayuh tampil berhias dengan Prism Mules Carlo Rino dan serlahkan idea fesyen jalanan anda pada musim lebaran ini.
JAM TANGAN JUGA ADA!
Carlo GEO Mini Timepiece merupakan aksesori sempurna untuk menambah seri pemakaian anda di hari lebaran ini.
Dengan corak GEO di tengah-tengah muka jam dan reka bentuk yang halus dan indah, jam tangan ini pasti mampu menarik perhatian ramai.
Jam tangan ini boleh didapati dengan tali logam bersalut perak dan merah jambu emas (rose gold), menjadikannya hadiah sesuai bagi insan yang tersayang pada Hari Raya ini.
Dapatkan di atas talian mahupun di seluruh butik yang berdekatan1