WOW! BARANG BAIK DARI RICO SETAIBUDI TENTANG CARI CINTA SEJATI

Biasanya dengar tentang barang baik adalah jenama atau barangan tapi kali ini berlainan ye! Wow! Barang Baik bukan sebarangan.

WOW! BARANG BAIK

Penyanyi dan penulis lagu berbakat asal Singapura, Rico Setiabudi, bersiap untuk menggoda telinga para pendengar dengan single terbarunya, Wow! Barang Baik. Lagu ini adalah karya ketiga yang dikeluarkan oleh Rico Setiabudi di bawah bendera syarikat rakaman terkemuka, Luncai Emas.

CERITA PENCARIAN CINTA SEJATI

Bukan sekadar lagu biasa, melainkan sebuah kisah yang menghidangkan cerita tentang pencarian cinta sejati. Dalam liriknya, Rico mengajak pendengar untuk merenung tentang kebenaran bahwa cinta sejati tidak selalu dapat ditemukan melalui penglihatan semata.

Sebaliknya, ia menggambarkan betapa pentingnya untuk melihat dengan mata hati yang tulus untuk menemukan cinta yang hakiki. Walaupun cinta itu begitu jelas, namun sayangnya, kebanyakan manusia tidak mampu melihatnya.

IRAMA DAN LIRIK SANTAI

Tidak hanya sekadar menyampaikan pesan, lagu ini juga berfungsi sebagai panduan praktis bagi pendengar untuk memahami bagaimana mencapai cinta sejati.

Dengan irama yang santai dan lirik yang tepat dan mudah dihadam, Wow! Barang Baik diharapkan dapat memberikan semangat dan keceriaan kepada pendengar, serta meninggalkan kesan positif yang mendalam.

KERJASAMA DENGAN RAKAN SEPERJUANGAN

Untuk lagu ini beliau bekerjasama dengan rakan-rakan seperjuangan beliau, Rayhul Firdaus sebagai penulis lirik dan penggubah bersama, dan Rifaah Ridzwanulhakim sebagai produser dan Rici Bell sebagai pereka grafik. Mereka juga adalah darah daging beliau yang sentiasa bersama beliau dalam perjalanan seninya dari awal hinggalah sekarang.

Sudah berada di talian platform dan diharapkan akan menjadi angin segar bagi industri muzik dengan pesan yang dibawanya. Jangan lewatkan kesempatan untuk merasakan aura positif dari karya terbaru Rico Setiabudi yang menakjubkan ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge