Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bungaa Memilih Dayang Nurfaizah Sebagai Duta| Kenalkah anda dengan penyanyi tersohor Dayang Nurfaizah? Terkini, Dayang bergelar duta kepada jenama kosmetik tempatan BUNGAA, Pengumuman ini dikongsikan di Royale Chulan Damansara baru-baru ini. Walaupun pernah menyandang tanggungjawab duta kepada pelbagai jenama, ini merupakan penglibatan pertama Dayang dengan produk kecantikan wajah.
Dayang Nurfaizah
24 tahun bergelar penghibur, ikon, dan juga idola rakyat Malaysia, Dayang akan memastikan jenama yang diwakilinya adalah benar-benar baik dan berkesan. Bungaa kini sememangnya mendapat tempat di hati orang ramai. Lebih lagi dengan kehadiran Dayang sebagai duta jenama bakal memberikan impak luar biasa terhadap imej ini.
“Sejujurnya Dayang merasakan kerjasama ini adalah kerana sebagai seorang wanita menjaga dan memelihara kecantikan wajah sememangnya dekat di hati semua. Misi dan visi syarikat serta konsep Bungaa menjadikan faktor utama kenapa Dayang bersetuju untuk berkerjasama. Bermula dari Lipmatte, sehingga ke Serum saya telah menggunakannya”.
-kata Dayang Nurfaizah dimana merupakan penyumbang suara ‘jingle’ Bungaa mengharapkan rakyat Malaysia dapat menerimanya sebagai Duta Bungaa
Bungaa
Sesuai dengan pelancaran produk ke-4 iaitu Permium Vitamin C Serum yang mempunyai 5 eskstrak limau. Diantaranya adalah limau Yuzu, Lemon .Limau Nipis, Limau Tangerine dan Limau Grape. Formula terbaik Vitamin C yang berkesan memelihara, menyerikan dan menjaga kulit wajah semua peringkat usia.
Sebelum ini jenama Bungaa tampil dengan 3 produk kosmetik iaitu Semi-Lipmatte, Lipmatte Edisi Klasik dan Edisi Sakura EE Cushion yang ‘sold out’ hanya dalam beberapa hari.
“Lamaran kami kepada Dayang adalah kerana imej dan kreabiliti Dayang selama 24 tahun adalah bersih. Sesuai dengan insipirasi jenama Bungaa sendiri. Dayang sendiri telah melambangkan kecantikan dimana bukan hanya dari luaran tetapi dari dalaman juga. Bak kata orang kecantikan wanita itu bukan terletak pada wajahnya. Dari akhlaknya, pemikirannya dan imejnya sebagai seorang wanita sebenar.”
-kata Aryana Syafiqah Abdullah selaku pengasas bersama berkongsi dimana pemilihan Dayang sebagai duta bagaikan mimpi jadi kenyataan.
“Pengalaman dalam industri hiburan banyak menyumbangkan kepada kejayaan rancangan pemasaran. Kini kami telah pun bersama Radio Popular Tanah Air SURIA dan merancang untuk pengiklanan di TV mahupun billboard”.
-kongsi CK Faizal selaku Ketua Pegawai Pemasaran Bungaa.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini tentang produk boleh layari di Facebook: https://www.facebook.com/bungaahq/