Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Nabila Razali Pilih MK K-Clique Untuk Peluang Kedua| Meraih lebih 12 juta tontonan padalirik video Peluang Kedua, penyanyi Nabila Razali melancarkan muzik video rasmi. Muzik video rasmi ini disiarkan di YouTube milik Nabila Razali Entertainment. Yang menarik dalam muzik video kali ini peluang untuk berkolaborasi dengan penyanyi rap terkenal MK daripada kumpulan K-Clique. Pilihan kali ini adalah nafas baru istimewa untuk muzik video kali ini.
“Alhamdulillah, selepas lama menunggu akhirnya siap juga muzik video Peluang Kedua. Pada awal perancangannya sepatut dilancarkan sekali dengan lagu. Tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami terpaksa akur dan menangguhkan penggambaran. Saya anggap ada hikmah disebalik ujian ini”.
-kata Nabila Razali
Dalam pada itu, pemilihan MK sebagai rakan duet dan hero dalam mizuk video ini bakal memberikan kelainan. Ini berikutan ianya kali pertama penyanyi ini berlakon dan menyanyi lagu berunsur cinta.
“Sebenarnya lama juga kami mencari hero untuk muzik video kali ini. Ramia nama yang mucul dan sesuai unyuk muzik video ini. Tetapi dalam ramai-ramai MK paling mendapat perhatian. Ini kelebihannya diama dia boleh menyanyi rap dan memberi aura baru kepada lagu asal”.
-sambung Nabila lagi.
Muzik Video Peluang Kedua
Penggambaran muzik video kali ini dibuat di Cameron Highland, Pahang selama 2 hari. Ditaja oleh Hotlink sebagai penaja utama dan Toyota sebagai penaja bersama. Terima kasih juga pada Yanzi Cosmetics & Elegant Whitening Emulsion.
Peluang Kedua
Lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF ini mendapat sambutan dan menjuarai semya carta radio. Bukan setakat itu juga melalui platform streaming juga termask carta RIM sejak dilancarkan pada April lalu. Muzik video ini merupakan hadiah kepada pendengar yang menjadikan lagu ini juara di semua carta radio dan streaming.
Lagu Peluang Kedua versi baharu terbitan Nabila Razali Entertainment dan edaran Universal Music Malaysia boleh didapati disemua platform. Antaranya Spotify, Apple Music, iTunes, JOOX, KKBox dan juga Deezer mulai 18 Ogos 2020 jam 9malam. Ikuti perkembangan Nabila melalui saluran YouTube Nabila Razali Entertainment
Memang bagus kolabarasi ini.
Tekkaus recently posted…Tanjung Point Residences review-One of the Best Places To Stay In Penang