BULETIN TV9 TAMBAH DURASI, AMAZING!

BULETIN TV9 TAMBAH DURASI, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Waa, nie berita baik buat anda yang menonton Buletin TV9

BULETIN TV9

Slot berita waktu perdana, Buletin TV9 mengumumkan penambahan durasi siaran yang baharu iaitu daripada 30 minit siaran kepada 50 minit yang akan bermula pada 1 Januari 2023.

Penambahan waktu siaran yang bermula dari pukul 7.00 malam hingga 7.50 malam ini. Turut disiarkan serentak secara langsung menerusi platform digital rasmi TV9, YouTube dan Facebook.

BERGERAK SEIRING DENGAN PERKEMBANGAN ISU SEMASA

Transformasi ini dilakukan untuk bergerak seiring dengan perkembangan isu semasa sekaligus meme­nuhi kehendak penonton.

Berikutan penambahan penonton yang mendadak daripada 150,000 kepada 500,000 penonton pada setiap hari.

Paparan berita dengan durasi sejam ini akan disajikan dengan laporan yang merangkumi berita-berita tempatan dan luar negara.

Merentasi segmen-segmen baharu seperti segmen hiburan, Turun Padang, Potret Inspirasi dan Cuaca. 

buletin TV9

SEGMEN TURUN PADANG

Merupakan satu platform untuk rakyat mengemukakan permasalahan dan aduan kepada pihak berwajib.

Wartawan akan turun padang untuk melaporkan permasalahan dan akan mendapatkan reaksi pihak berwajib. Ia membabitkan penglibatan masyarakat, komuniti, pihak berkuasa dan pemimpin.

POTRET INSPIRASI

Akan mengetengahkan inovasi atau perniagaan individu khususnya komuniti setempat, persatuan kecil, pertubuhan bukan kerajaan dan golongan belia.

Segmen ini bermatlamat untuk memberi inspirasi atau ilham kepada masyarakat luar untuk mencuba sesuatu yang baharu. 

buletin TV9

SEGMEN CUACA

Penonton juga dapat mengetahui ramalan cuaca bandar-bandar utama di Malaysia menerusi segmen Cuaca. Dikendalikan menggunakan pelaporan dan grafik yang lebih segar serta bersahaja.

SEGMEN HIBURAN

Tampilkan konsep dan pengisian program yang lebih informatif yang membabitkan idola atau artis tempatan mahupun antarabangsa.

Ia bertujuan memperkenalkan bakat baharu atau trend terkini dalam industri seni, hiburan dan kreatif.

Segmen menarik seperti ini membuatkan perkongsian informasi lebih menarik dan pada masa sama turut memberi laluan kepada Buletin TV9 Jam 7:00 malam menjadi saluran berita perdana pilihan ramai .

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge