IMBASAN 2022 MENYINGKAP PERISTIWA PENTING SEPANJANG TAHUN 2022 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Hanya tinggal dua hari lagi sebelum kita melangkah ke tahun baharu 2023.

Sepanjang tahun 2022, rakyat seluruh dunia telah berhadapan dengan pelbagai cabaran. Juga mengalami beberapa peristiwa penting yang telah memberi impak besar kepada hidup masing-masing.

IMBASAN 2022

Dokumentari khas terbitan Jabatan Berita dan Ehwal Semasa TV3 akan bersiaran selama
satu jam pada 31 Disember 2022, pukul 5.30 petang.

Ia juga boleh strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my serta di YouTube dan Facebook Buletin TV3.

PROGRAM BERITA PILIHAN UTAMA

Tahun 2022 merupakan tahun yang penuh dengan pancaroba. Sudah pastinya ia memberikan cabaran besar kepada para petugas media.

Sebagai program berita yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia, Buletin TV3 sentiasa berusaha untuk memberikan laporan berita terkini yang sahih kepada umum.

Tidak ketinggalan juga menerbitkan dokumentari khas untuk menyingkap peristiwa penting.

Seperti Soal Rakyat, Pembentangan Bajet 2023, Mandat Rakyat dan 119 Jam Menuju Putrajaya.

TRAGEDI DAN PERISTIWA PENTING 2022

Imbasan 2022 menyingkap tragedi dan peristiwa penting yang berlaku di Malaysia dan luar negara sepanjang tahun 2022.

Antaranya, Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali, banjir besar di Baling, Kedah serta perubahan lanskap politik negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tidak ketinggalan juga berita – berita luar negara iaitu Ratu Elizabeth II, monarki Britain yang paling lama bertakhta, mangkat pada usia 96 tahun secara langsung.

Putera sulung baginda, Putera Charles, 73 tahun, menaiki takhta sebagai Raja.

DOKUMENTARI PERANG UKRAINE-RUSIA

Dokumentari ini juga menyentuh situasi perang Ukraine-Rusia dan kekejaman rejim zionis
terhadap rakyat Palestin.

PIALA DUNIA 2022

Bagi bidang sukan, acara utama semestinya Piala Dunia 2022 yang menyaksikan Argentina menjulang kejuaraan.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Imbasan 2022 pada 31 Disember 2022, hari Sabtu, pukul 5.30 petang. Layari di

Website Tonton| Website Xtra|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge