BUKU ‘POPULAR MUSIC: ISLAMIC POPULAR IN MALAYSIA’, APA YANG BEST?

BUKU ‘POPULAR MUSIC: ISLAMIC POPULAR IN MALAYSIA’, APA YANG BEST?|Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pasti anda kenal dengan Dr. Fitri Haris bukan? Bukan setakat penyanyi juga pensyarah tetapi kini penulis buku.

‘POPULAR MUSIC: ISLAMIC POPULAR IN MALAYSIA’

Selebriti nasyid tanah air, Dr. Fitri Haris yang juga Pensyarah kanan di Universiti Utara Malaysia telah melancarkan buku ilmiah.

Judul buku Popular Music: Islamic Popular Music in Malaysia ‘From traditional approach to contemporary design’. 

POPULAR MUSIC: ISLAMIC POPULAR IN MALAYSIA'
POPULAR MUSIC: ISLAMIC POPULAR IN MALAYSIA'

Dr. Fitri berkongsi sewaktu pelancaran dimana beliau mengambil masa 7 tahun untuk membuat kajian secara mendalam.

Proses ini juga melibatkan lebih 45 orang penggiat industri muzik di Malaysia serta 2 tahun untuk proses-proses penilaian dan suntingan.

Secara keseluruhannya 9 tahun diambil bagi menyiapkan naskhah legasi ilmu ini. 

KAJIAN DEMI KAJIAN

Kajian sahaja mengambil masa dalam tempoh tiga tahun untuk disiapkan. Itu tidak termasuk dengan pemerhatian yang dibuat dalam empat hingga lima tahun.

Tambahan beberapa elemen lain untuk melengkapkan jadi ianya memakan masa 9 tahun untuk merealisasikan-nya.

POPULAR MUSIC: ISLAMIC POPULAR IN MALAYSIA'


Hasil kajian ini dibuat menerusi beberapa segmen serta temuramah seramai 45 individu yang terdiri daripada penyanyi nasyid, penyanyi biasa, pihak media dan Sarjana Islam.

Segmen ini penting dimana penggiat industri muzik di Malaysia dapat memahami terma dan elemen yang betul dalam meletakkan sesuatu muzik itu pada segmen sepatutnya,” 

-ujarnya.

BUKU ILMIAH

Beliau yang berpegang teguh kepada prinsip apa yang didukungnya harus meninggalkan nostalgia dan sejarah untuk dikenang oleh generasi akan datang.

Apatah lagi menerusi buku yang cukup lengkap dengan legasi nasyid khususnya itu boleh menjadi panduan oleh mereka.

POPULAR MUSIC: ISLAMIC POPULAR IN MALAYSIA'

“Buku ini sarat dengan informasi berkenaan nasyid serta artikel ilmiah muzik dalam Islam.

Juga dapat mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh globalisasi dalam membentuk muzik popular Islam”.


Dengan adanya buku ini, golongan sasar bakal mendapat manfaat dalam memahami muzik Islam di Malaysia. Antaranya seperti pensyarah, guru, pelajar, orang awam dan juga semua agensi yang berkaitan,”

– tambahnya.

KARYA ILMIAH TERBITAN UUM PRESS


Karya ilmiah terbitan UUM Press ini merupakan buku etnomusikologi komprehensif yang pertama seumpamanya di dunia.

Memberikan kajian mendalam tentang kesan sosiologi dan antropologi muzik popular Islam di Malaysia. 

Majlis pelancaran buku ini telah di sempurnakan oleh Prof. Dr. Anmad Martadha, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Harga senaskah buku ini adalah RM50 sahaja. Pada yang ingin mendapatkan diskaun atau potongan harga boleh membeli melalui laman web UUM.

Atau terus hubungi pihak pengurusan Dr. Fitri Haris di talian 011-2668 4664 untuk membuat pesanan.

Website|

credit photo : Azuddin Ahmad Zin

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge