AL-JAWAHER HAMPIRI PASARAN ANTARABANGSA, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Buat peminat nasyid, nama Al-Jawaher bukanlah suatu nama yang asing.

AL-JAWAHER

Ditubuhkan pada tahun 1979, Al-Jawaher dikenali ramai dengan lagu-lagu malar segar. Antaranya Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda, Kembara Di Tanah Gersang, Selawat dan Salam.

Dianggotai oleh Jumuyah, Siti Rusminah, Hajar, Normala, Habibah, Norhaiyati dan Latifah.

Setelah 44 tahun berkecimpung dalam industri muzik, buat julung kalinya Al-Jawaher mempertaruhkan single terbaharu mereka.

Single terbaru dalam Bahasa Inggeris dan Arab, BRING ME CLOSE TO YOU. Penggambaran video muzik ini dilakukan di sekitar Melaka.

Ini adalah percubaan Al-Jawaher untuk meneroka dan menembusi pasaran muzik antarabangsa. Sekaligus diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa tentang Islam.

Baca: selawat ke atas nabi

BRING ME CLOSE TO YOU

Untuk itu, single BRING ME CLOSE TO YOU juga akan dilancarkan sempena Israk Mikraj.

BRING ME CLOSE TO YOU adalah hasil nukilan sepenuhnya oleh Yazri Malik, yang turut mengubah pelbagai lagu buat bakat-bakat baharu di Singapura.

“Single terbaru Al-Jawaher ini merupakan initiatif secara tidak langsung dari Jamiyah Singapura bagi menyebarkan dakwah dan nasihat melalui seni muzik.

Ini merupakan kerjasama bersama Impact Music & Entertainment untuk ke persada pasaran antarabangsa.”

https://www.youtube.com/watch?v=VYHWN3bogFo

TERBARU

Sebelum ini, Al-Jawaher telah merakamkan 6 buah album dan beberapa lagu single. Hasil kolaborasi bersama Datuk M.Nasir dan beberapa penyanyi/penggubah lagu lainnya.

Lagu-lagu Al-Jawaher seringkali diputarkan di stesen-stesen radio serantau sepanjang lebih 40 tahun. 

AL-JAWAHER

LATAR BELAKANG

Dari permulaan yang sederhana sebagai pelajar-pelajar mengaji Quran dan berzanji. Dibawah bimbingan Ustazah Hamidah Hj Shukur (bekas naib johan qariah peringkat kebangsaan). Mereka mula mengembangkan bakat vokal mereka sebagai sebuah kumpulan. 

Kebolehan dan kekuatan vokal mereka terus diasah oleh Ustazah Hamidah sehingga sering diundang membuat persembahan di banyak acara berzanji, nasyid dan khatam Quran.

Sementara itu, Ustaz Hj Abdul Karim (suami kepada Ustazah Hamidah)yang merupakan pengasas kumpulan nasyid terdahulu Al-Mizan pada tahun 1977.

Amat tertarik dengan kekuatan vokal mereka lalu mengumpulkan mereka menjadi kumpulan nasyid terbaru yang dinamakan Al-Jawaher.

Maka lahirlah kumpulan nasyid lagenda, Al-Jawaher, pada tahun 1979. 

Website| Facebook | email

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge