Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
SYAHIRAH KOREAN SECRETS Jawapan Untuk Wajah Seperti K-Pop
Siapa yang tak suka jika wajah anda kelihatan seperti K-Pop?? Tak dapat sepenuhnya sebahagaian pun jadilah . Tapi bukan semua produk dapat memnberi sebegitu hasilnya tau . Ini KP ingin kongsikan rahsia terbaru yang KP ketahui ada produk yang telah membua inovasi pada produk sekarang di mana merekakan produk untuk pencinta produk kecantikan KOREA .
Jenama SYAHIRAH bukanlah baru di dalam bidang penjagaan kecantikan di mana ianya sudah bertapak lebih dari 10 tahun. Apabila membeli rangkaian produk penjagaan kecantikan pastinya perkara pertama yang dilihat adakah ianya HALAL? Dengan SYAHIRAH anda tidak perlu risau kerana ia telah mendapat sejak tahun 2007.
Informasi tentang produk SYAHIRAH KOREAN SECRETS
Formulasi gabungan teknologi terkini dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju, Korea iaitu Tri-Flower Essence yang dirumus khas dengan manfaat pencerahan serta penghidratan yang diperakui Halal oleh JAKIM, hebat membantu kulitmu untuk tampil cantik mulus sekata sekali gus meningkatkan keyakinan diri untuk menyerlah!
Terdiri daripada 2 rangkaian produk penjagaan wajah,pastinya kulit adna menjadi cantil, mulus , sekata dan paling penting berseri sepanjang hari terutama sekali Syawal bakal menjelang. Rangkaian Hydra Soft ataupun White Glow, kedua-duanya pasti memberikan wajah anda persis wajah K-POP
SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft
rangkaian istimewa sesuai untuk gadis yang menginginkan kulit wajah cantik mulus sekatayang dirumus khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence campuran bunga-bungaan putih iaitu bunga Ginseng, Chamomile dan Teh Hijau yang membantu membekalkan kelembapan agar kulit sihat, dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia juga memilki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela dan rengsa pada kulit agar kulit kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi.
SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata.Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih bunga pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft pasti menyerlahkan rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti Korea” yang ada dalam dirimu!
Menurut pengurus pemasaran SYAHIRAH, Shariza Hazni
“Kajian yang kami lakukan mendapati kebanyakan pengguna produk kecantikan teruja untuk mencuba pelbagai produk kecantikan dan penjagaan wajah dari negara Korea, namunbimbang akan ramuan yang digunakan benar-benar selamat dan Halal. Sebagai jenama tempatan yang lebih arif tentang jenis dan keadaan kulit si gadis, SYAHIRAH membawakan rangkaian kecantikan yang sesuai untuk diaplikasi dan sememangnya Halal tanpa sebarang keraguan”.
Jom kita lihat 5 produk hebat untuk SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft
Gel Pembersih Muka: Membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.
Skrub Muka: Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin
SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow
Bagi si gadis yang inginkan pilihan lain untuk tampil dengan kejelitaan cerah berseri, SYAHIRAH menawarkan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow yang direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang membantu memberi pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri! Juga diperkaya dengan manfaat penghidratan serta dapat mengurangkan rengsa dan ketidak selesaan pada kulit.Rangkaian SYAHIRAH KOREAN SECRETS WHITE GLOW mengandungi 6 produk hebat iaitu Pembersih Muka, Pembersih Muka Anti-Jerawat, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Siang SPF20, Krim Malam serta Krim Kecantikan SPF15 yang menjadi rejim kecantikan untuk kulit cerah berseri. Penggunaan rona merah jambu yang sepadan dengan ramuan yang digunakan serta bersulamkan warna putih yang mencerminkan manfaat kecerahan pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow.Kini, berlari dan menari bagai artis K-pop di bawah sinaran mentari bukan lagi masalah buatmu!
Gel Pembersih Muka Anti-jerawat: Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.
Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk di semua pasaraya , hypermarket mahupun farmasi yang berdekatan. Untuk maklumat lanjut mengenai SYAHIRAH
Instagram SYAHIRAH : https://www.instagram.com/syahirahmalaysia/
Facebook SYAHIRAH : https://www.facebook.com/pg/Syahirah-Malaysia
Assalm sis.. Lepas sya pkai syahirah white glow muka sya nmpk cm burn .. Mmg mcm nih ke or ap?
Dulu saya pengguna Syahirah juga tau..hihi tapi pencuci muka yang biasa tu. Tak sangka ada juga yang versi korean ni ya. Yang penting halal dan serasi, apa salahnya kan 🙂
Jaja | Youth Skincare recently posted…5 Cara Mengatasi Kulit Kusam Supaya Wajah Kembali Cerah Berseri
As-salam sis sy nak tanya ni sy bru start pakai syahirah white glow ni tpi kulit muka sy jdi kering..knpa ye??ke memng xsesuai dngn kulit muka sy..