BOOKXCESS ROOFTOP THE GARDENS MALL DIBUKA, BANYAK AKTIVITI BEST!

BOOKXCESS ROOFTOP THE GARDENS DIBUKA, BANYAK AKTIVITI BEST!| Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Masih lagi dalam ‘mood berhari raya’ ke? Rayakan sebulan bukan?

Buat anda yang masih bercuti panjang apa kata jom follow KP teroka cawangan BookXcess terbaru!

BOOKXCESS ROOFTOP THE GARDENS

Ini adalah di antara cawangan ke 20 BookXcess dan yang terbaru. Memberikan kelainan pada namanya iaitu BookXcess Rooftop kerana ia di tingkat 6 didalam The Gardens Mall, Mid Valley.

Andai kata takut ‘sesat’, jangan risau cari The Gardens Theater di tingkat 6 pasti anda akan nampak papan tanda ke BookXcess Rooftop.

Menawarkan rangkaian buku pada harga mampu milik. Daripada buku kanak-kanak, fiksyen, novel dan juga ada buku yang terlaris di pasaran.

MISI BOOKXCESS

Mencipta dan memberi inspirasi buat generasi pembaca baru. Tahukah anda dimana cawangan Di Tamarind Square merupakan kedai buku terbesar dan beroperasi 24 jam.

TERBAHAGI KEPADA DUA PAVILION?

Setiap BookXcess mempunyai keunikan-nya tersendiri. Itu yang membezakan setiap cawangan dan kali ini tidak terkecuali.

Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk Fiksyen dan Non Fiksyen di Pavilion 1 untuk orang dewasa lebih santai untuk memilih sambil merehatkan minda dengan bacaan pilihan.

Bersaiz 9,095 kaki persegi dibuka pada 10 Disember 2022

Untuk kanak-kanak pula berada di Pavilion 2 dimana ianya lebih kepada mereka untuk mempelajari dan meneroka pilihan mereka. Pavilion 2 bersaiz 8,221 kaki persegi dibuka pada 17 Januari 2023.

PAVILION 1: BUKU FIKSYEN, NON-FIKSYEN

Dikatakan diantara kedai buku premium BookXcess yang ada sekarang. Mana taknya terletak di tingkat 6 di kelilingi dengan pemandangan bangunan pencakar langit.

Yang menarik buat KP ialah suasana kehijauan disekeliling BookXcess Rooftop, The Gardens. Sejuk mata memandang dan pastinya tidak kisah untuk menghabiskan masa berada disini.

Masih lagi mengetengahkan konsep sebelum ini dimana buku-buku ini dipamerkan sama ada di lorong rendah, lorong tinggi, hingga ke siling kedai.

Jika ada yang berkenan, boleh minta bantuan dari staff BookXcess yang sentiasa membantu , tak lekang senyuman di bibir.

Untuk kanak-kanak ada saja buku di kawasan yang lebih rendah untuk mengalami pengalaman memilih, membaca dan membeli. Pendedahan dari usia awal sangat membantu memupuk tabiat membaca.

Koleksi yang tidak boleh dilepas pandang.

Buku Fiksyen seperti Crime Thriller & Mystery, General, Graphic Novels & Comics, Classics & Literature, Romance, Science Fiction & Fantasy, Young Adult.

Non-Fiksyen iaitu Architecture & Design, Arts & Photography, Adult Colouring, Beauty & Fashion, Baking, Biographies, Business, Hobbies & Crafts, Cookery, Family & Relationship.

Graphic Design, Health & Wellness, History & Politics, Home & Garden, Humour, Journals, Language, Music & Movie, Pets & Nature.

Puzzles & Games, Reference, Religion & Spirituality, Science & Technology, Self Help, Sports, Transport, Travel 

Siapa peminat Star Wars kat sini , angkat tangan?

PAVILION 2:

SESUAI UNTUK KANAK-KANAK

Di Pavilion 2, lebih sesuai untuk kanak-kanak untuk membaca, mahupun terlibat sama dalam aktiviti yang disediakan. Antara koleksi buku yang ada

Untuk buku kanak-kanak ianya tidak terhad pada tumpuan untuk membaca saja. Membantu dari segi minda, bunyi. gerakan dan sebagainya.

Komik atau illustrasi yang ada pasti membuatkan anak-anak anda terpegun sebentar.

Pop-Up Books, Board Books, Graphic Novels & Comics, Colouring Books, Activity Books, Augmented Reality

Buku aktiviti pun ada juga

Ada juga Educational Toys & Kits, Picture Books, Readers, Reference, Sound Books, Sticker Books, Work Book dan Puzzles & Games.

Banyak pilihan boleh dipilih, rambang mata sekejap.

Bila berada di sini terasa seperti kanak-kanak kembali dan dapat mengembalikan kembali budaya membaca dikalangan anak-anak kecil.

Dan pilihan lagi,

Baca : Review Novel Terima Kasih Allah Saat Roh Di Sempadan Barzakh

Kalau dengan pemandangan sebegini, agak-agak berapa lama disini?

Juga ada yang lain

RESTORAN RED RED BOTAK HEAD

Jika anda perasaan di setiap cawangan BookXcess pasti ada restoran/ kafe. Kali ini Restoran Red Red Botak Head.

Restoran ‘muslim-friendly’ dimana menyediakan pelbagai juadah enak yang direka sendiri mengikut citrarasa terkini. Ada juga Live Band dan Live Standup Comedy dengan pemandangan yang menakjubkan

Nak buat tempahan hubungi no Contact 013-8261900.

AKTIVITI HUJUNG MINGGU NIE 29 APRIL 2023

Memandangkan hujung minggu ini cuti lama, pelbagai aktiviti disediakan di BookXcess Rooftop, The Gardens dari 28 April hingga 1 Mei 2023. Sempena pembukaan, hadiah sebanyak RM5,000 ditawarkan.

Setiap pembelian RM 100 dan ke atas berpeluang memiliki buku pilihan anda pada harga RM 20. Ini dikongsikan jadual dari 29 April hingga 1 Mei 2023.

Aktiviti pada 29 April 2023

Nak datang 30 April pun boleh!

Masih lagi cuti pada 1 Mei 2023, apa kata jom ke sini!

BookXcess adalah ikon industri yang bersedia untuk mencipta semula industri buku. Mengembalikan budaya membaca dikalangan semua tidak kira usia mahupun bangsa.

Website | Instagram | Facebook

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge