Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
MISS, MR & MRS HIT 2020 DINOBATKAN SETELAH TERTUNDA SETAHUN| MISS, MR & MRS HIT 2020 akhirnya telah terjawab siapa mengungguli gelaran ini.
MISS, MR & MRS HIT 2020
Tertunda lebih dari setahun kerana pandemik #COVID19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Kini tidak perlu lagi risau dan gusar kerana Miss, Mr & Mrs HIT 2020 telah dimahkotakan.
Malam pertandingan Mr & Mrs HIT 2020 telah berlangsung di Grand Centro Ballroom di Klang. Untuk mengetahui siapa yang membawa pulang gelaran ini dikongsikan di sini;
Mr HIT Malaysia 2020
Mr HIT Malaysia 2020 dimenangi oleh Yoga Raj Ulaganaden. Seorang eksekutif kanan yang berasal dari Negeri Sembilan.
Tempat kedua kategori tersebut pula dimenangi oleh Sarvesswaren Katikesu, seorang usahawan. Sementara itu tempat ketiga dimenangi oleh Muhammad Basir Mongudal, yang merupakan seorang eksekutif akaun.
Miss HIT Malaysia 2020
Miss HIT Malaysia 2020 tempat pertama dimenangi oleh Kirubashini Rajendran. Bertugas sebagai pembantu tadbir dan berasal dari negeri Perak.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Heama S. Muthu, seorang pelajar yang berasal dari Selangor sementara Michelle Anne Deaves yang berasal dari Sabah di tempat ketiga.
MRS HIT 2020
MRS HIT 2020 pula, tuah berpihak kepada Aruna Devi Krishnan, seorang guru yang berasal dari Selangor.
Ditempat kedua pula menjadi milik Lingeswary Muniandy, seorang usahawan yang berasal Selangor. Tempat ketiga menjadi milik Kaliamah Ayer, yang merupakan seorang guru dan berasal dari negeri Perak.
Panel Hakim
Kesemua pemenang dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada individu terhormat yang terdiri daripada ahli psikologi, jurulatih profesional & pengasas House of Trainings Ricky Ng, Pengarah Kids Got Talent Malaysia Sherme Low.
Selain itu para panel hakim yang terbabit termasuk pemenang kategori MRS HIT Malaysia 2018 Sunita Subbaraman. Pelatih ‘ramp walk’ yang juga pemenang MR HIT Malaysia 2017 Jeyaganesh dan juara Mrs World World Peace 2021. Tidak lupa juga Mrs Millenium 2021 & pengasas kepada Supermodel India Malaysia Sangeetha Veloo.
Anugerah HIT Vision Queens
Sebanyak 27 anugerah sampingan turut diberikan kepada perserta-peserta terpilih merangkumi ketiga-tiga ketegori tersebut. Seramai 30 wanita berkemahiran tinggi dari pelbagai industri juga dinobatkan sebagai HIT Vision Queens. Anugerah diberikan semasa pertandingan akhir Mr & Mrs HIT 2020 berlangsung bagi menghargai pencapaian mereka.
Pertandingan yang diadakan sejak tahun 2016 itu merupakan satu-satunya pertandingan di Malaysia yang melibatkan tiga kategori – Miss, Mr & Mrs. Ia dianjurkan oleh sebuah organisasi pengurusan model dan bakat yang telah menerima pelbagai pengiktirafan di dalam dan luar negara. Siapa yang tidak kenal dengan Harry International Talents yang diketuai oleh pengasasnya Barni Kumar Harry.
Penaja
Penaja utama pertandingan tahun ini terdiri dari Triikas, Sametha Beauty Zone, Target Fitness, Izwani, MD Pharma, Jess Creations, Sai Photo, R Event, Pusat Bahasa Titian Jaya, Vimas, Star Fitness dan Grand Centro Ballroom.
Pertandingan MISS, MR & MRS HIT 2020 turut mendapat sokongan media seperti Rentak Sejuta, MKU Malaysia Kalai Ulagam, Universal Media, Vannangal, Sai FM . Acara akhir pertandingan tersebut disiarkan secara langsung di laman sesawang Rentak Sejuta dan MKU. Untuk maklumat lanjut layari