Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Blue Coral Aquarium Menara KL Antara Akuarium Kedua di KL|Tahukah di Menara Kuala Lumpur atau dikenali sebagai Menara KL masih ada tempat yang boleh dilawati bersama anak-anak mahupun keluarga dan juga rakan-rakan. Bukan sahaja melihat pemandangan bandaraya tetapi pelbagai tempat disekelilingnya yang boleh diterokai dan dilawati.
Umum tahu dimana menara KL adalah salah satu tempat tarikan pelancong di bandaraya Kuala Lumpur. Kali ini KP ingin berkongsi tentang Blue Coral Aquarium yang terletak di kawasan Menara KL berhadapan dengan ekslator untuk naik ke Menara KL. Ini adalah akuarium kedua di bandar Kuala Lumpur selain Aquaria KLCC
Di pintu masuk Blue Coral Aquarium Menara KL adalah tempat pembelian tiket.
Blue Coral Aquarium
Hari operasi : Isnin hingga Ahad (walaupun Cuti Umum)
Masa operasi: 9pagi hingga 930 malam (kemasukan terakhir pukul 9malam)
Harga tiket : Dewasa RM18
: Kanak- kanak RM 15
Di Blue Coral Aquarium, pengalaman baru menerokai pelbagai jenis ikan dari pelbagai spesis seperti blueface angelfish, parrot fish, anthias fish, clown fishes, orbiculate batfish, ikan pari, ikan emas, “NEMO” , “Dory Fish” , gamat dan lain-lain lagi. Apa kata jom layan gambar yang sempat KP ambil sewaktu berada di sini
Antara ikan-ikan yang ada di Blue Coral Aquarium Menara KL 
Berkejar-kejaran ikan ini sewaktu KP sibuk mengambil gambar.
Spesis ikan ini dibadannya penuh duri dan pertama kali KP lihat
Yang ini macam rakan-rakan dalam filem “NEMO”
Ikan yang berwarna biru itu kalau tak silap “DORY”, ala macam dalam filem NEMO. Tak percaya cuba tonton filem NEMO balik
Macam main kejar-kejar kan ? Tapi inilah kehidupan mereka didalam akuarium untuk meneruskan kehidupan
Antara yang menarik hati KP, hiasan di dalam akuarium untuk ikan-ikan ini tinggal. Sewaktu berada di sini terasa nyaman sahaja dengan bunyi-bunyian air, seumpama air terjun dan akuarium ini ber aircond ye
Sea cucumber atau dalam bahasa melayu kite gamat. Ini juga kali pertama KP lihat gamat secara “live”. Sebelum ini cuma didalam buku atau google. Banyak kelebihan gamat ini dan di Langkawi gamat amat popular.
Ini adalah “Ear Mushroom “. Ianya biasa berwarna hijau ataupun coklat.
Ikan pari pun ada disini tau
Ikan emas katanya
Cenderahati Blue Coral Aquarium
Sewaktu keluar,secara automatik akan melalui kedai cenderahati ini. Ada T-shirt Blue Coral mahupun T-shirt Menara KL dijual disini.
Ada juga key chain, fridge magnet untuk dibeli sebagai kenanan. Untuk anak-anak kecil ada alat memancing mainan dijual disini
Yang ini pastinya mengambat hati ramai pengunjung. Pelbagai ‘soft toys’ berupakan binatang yang tinggal didalam laut. Hidupan laut ada dijual disini, pilih yang mana berkenaan dan jangan lupa bayar tau. Dah penat ke? Ada lagi tempat lain yang ingin KP kongsikan di sekitar Menara KL ini.
Inginkan maklumat lanjut tentang tiket atau promosi boleh layari
Facebook | Contact # : 03 20262252 atau 03 20221724
nk tnya ini xmasuk dlm kl tower kan..
tidak yang ini di luar KL tower
tkasih dgn info. Harga RM18 tu hanya utk ke Blue Coral? Ada parking lot disediakan tak?
KP…agak2nya brpa lama dlm BC tu?