Air Asia Blogger Community (AABC) & KP ke Penang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Air Asia Blogger Community (AABC) & KP ke Penang | Pesanan ringkas yang KP dapat di awal dinihari , berpeluang mengikuti Air Asia Blogger Community (AABC) ke Penang tidak KP lepaskan. Bukannya selalu KP dapat ikut trip sebegini jadi alhamdulilah apabila KP di beri peluang oleh pihak Air Asia untuk turut bersama dengan rakan blogger yang lain ke Penang. Flight KP ke Penang akan berlepas pada pukul 0715 hrs (7:15AM).

Air Asia Blogger Community (AABC)

Salam,

KP free tak next weekend dari August 7- August 9, 2015?

Insyallah free kenapa?

Nak ajak ke Penang untuk #AABCPenangTakeOver nak ikut tak?

Amin, jika diberi peluang pasti nak ikut..

1Seawal jam 6 pagi lagi KP dah sampai di KLIA 2 , cik abang yang tolong hantarkan. Risau tiada ERL di pagi hari nanti kacau bilau pula. Memandangkan cik abg masuk kerja pun lambat jadi sudi menghantar KP ke KLIA2. Disebabkan KP sampai awal jadi KP lepak di Starbucks sekejap menghirup “hot chocolate” agar mata kembali segar.hihihihih…..
2 Alhamdulilah KP mendarat di Penang pada 0810 hrs (8:10AM). Landing yang smooth dan cantik. Beginilah rupanya Penang International Airport kerana selama ini jika ingin ke Penang, KP biasanya akan memandu. 3

AirAsia

Bergambar dikapal terbang AirAsia adalah kemestian, kerana ini bermaksud KP dah sampai ke Penang. Haha.. statement tak boleh blahkan.. Bukannya apa, bila dah ada peluang untuk bergambar gunakan ia sebaik yang mungkin, tidak tahu lagi bila dapat bergambar sebegini bukan?
4Selepas masing-masing dah claim bagasi, apa lagi jom bergambar sekeping. Ramai-ramai bergambar best tau dan riuh sekejap di sini dengan kehadiran kami.
5 Nampak tak muka keceriaan masing-masing yang tak sabar nak explore dan #AABCPenangTakeOver. Apa lagi jom gerak…

6
Nampak tak pelbagai jenis , warna, dan rupa bagasi kami semua yang baru sahaja sampai di Penang. Hah… ke mana KP dan rakan-rakan lain bakal menginap, apakah aktiviti kami di sini, kemanakah kami akan pergi? Semuanya terjawap di entri yang akan datang
7

Terima kasih buat Penang Tourism dan juga Air Asia kerana memberi peluang kepada KP untuk turut sama rakan-rakan blogger yang lain ke Penang untuk #AABCPenangTakeOver. Untuk informasi terkini tentang penerbangan AirAsia boleh layari di

Facebook|Website



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge